🍁 •BAB 6•

59.9K 3.5K 420
                                    

NURI NAFEESA berusaha mengangkat kertas-kertas tebal itu dengan sendirinya. Sesekali-sekala, dia terlanggar beberapa orang staff lain. Mulutnya berkumat-kamit kecil. Membebel.

Gila tak membebel!

Tengku Rafael Luth!

Dasar. Perangai kalah hantu!

Erghh.

Entahlah. Apa salah dia agaknya sampai dibuli sedemikian rupa? Sudah lima hari berlalu. Selama lima hari ini jugalah dia kena buat benda yang sama.

Kena fotostet itulah. Kena stapler inilah.

Ya Allah.

Dia tu orang ke hantu?!

Fuh. Sabar Nuri Nafeesa. Kau kena tenang.

Bertenang~

Huh. Eii rasa nak cekik-cekik je mamat tu. Nasib dia bos. Kenalah patuh sebab bos ni pegang gaji kita. Urgh.

I hate him...

"Allah!" Nuri Nafeesa terjerit kecil saat tubuhnya dirempuh perlahan. Perlahan tapi cukup buat tubuh kecil dia melayang. Akibatnya, kertas-kertas di tangan pun mulalah buat aksi akrobatik terbang di udara sebelum jatuh atas lantai.

Hmm.

Dugaan apa lagi...

"Sorry sir. I didn't mean to bump into you. Sorry." Nuri Nafeesa terus mengutip kertas-kertas yang berterabur itu. Lelaki yang dilanggarnya juga membantu sama.

"Sorry."

"No it's okay." Suara garau itu buatkan Nuri Nafeesa angkat kepala.

Oh my...

Perlahan-lahan Nuri Nafeesa menjeling ke arah perempuan yang berdiri di sebelah lelaki itu.

Ini, scretary Tengku Rafael...

Mella memberi isyarat matanya ke arah lelaki yang masih khusyuk mengutip kertas itu.

Perlahan-lahan mata Nuri Nafeesa membulat.

'Dia tetamu encik boss?'

Nuri Nafeesa bertanya. Bukan main lebar mulut mulutnya memberi isyarat tentang soalan itu.

Mella mengangguk.

Nuri Nafeesa terus telan liur.

"No it's okay sir. I'll take it on my own." Nuri Nafeesa terus laju mengutip kertas-kertas itu.

"No it's okay."

Lelaki itu kacak. Berkulit tanned. Rambutnya tersisir rapi. Sut biru tua tersarung elok di tubuhnya. Tinggi. Sasa. Tapi macam orang luar je. Jadi betullah kata Tengku yang tetamu dia baru balik dari luar negara!

"Let me help you." Lelaki itu senyum nipis sebelum merampas kertas-kertas di tangan Nuri Nafeesa. Perlahan dia mula mengasingkan kertas-kertas tadi seperti asal. Penuh teliti setiap tingkahnya.

"Do you need to stapler it?" Tanya lelaki itu. Matanya menjeling Nuri Nafeesa sesaat.

"Yes sir."

"You can do this all alone?" Lelaki itu mengangkat wajah. Memandang Nuri. Kali ini agak lama.

"Yes." Nuri Nafeesa senyum janggal. Gila tak boleh. Mahu mengamuk Tengku Rafael kalau aku tak siapkan sebelum pukul dua.

"Mella i think you should go first. I have another fifteen minutes right? Tell him i will come late."

Mella memandang Nuri Nafeesa dan lelaki itu. Wajahnya nampak berat mahu melepaskan tetamu itu sendiri.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now