🍁 •BAB 23•

61.8K 3.9K 1K
                                    

"KAU biar betul. Jangan main-main Raf. Tak kelakar." Rais memandang wajah ketat Tengku Rafael. Meminta lelaki itu berkata benar.

Tengku Rafael menjelingnya tajam dengan ekor mata.

Rais terus telan liur. Maksudnya betul lah ni?

"Habis tu, Nuri Macam mana?" Tanya Rais. Risau pula dia akan keadaan Nuri Nafeesa.

"Entahlah. Aku pun dah lama tak jumpa dia. Ya Allah serabut betul!" Tangan Tengku Rafael naik menggaru kepala yang tidak gatal.

Rambutnya hitamnya sudah berserabut. Tak kemas lagi seperti selalu.

"Siapa lelaki tu? Aku rasa macam nak tumbuk-tumbuk muka dia!" Marah Rais. Rahang diketap erat.

Tengku Rafael mengeluarkan laptop dan satu pendrive hitam dikeluarkan dari poket bahagian dalam sutnya.

Rais diam melihat Tengku Rafael. Pasti ada sesuatu yang lelaki itu mahu tunjukkan kepadanya.

"Cuba kau tengok ni." Laptop hitam nipis itu dipusingkan agar skrinnya menghadap Rais.

Terus tajam mata Rais memandang rakaman yang sedang dimainkan di skrin. Ada seorang lelaki berpakaian serba hitam di situ.

"Siapa ni?" Berkerut dahi Rais.

Tengku Rafael mengurut kepala yang rasa runsing.

"Itulah masalahnya. Security team kat hotel Tunku Noah tolong aku analyze pattern lelaki ni. Bilik tu didaftarkan atas nama setiausaha Ku Irfannuddin Ku Jamaluddin. Jadi aku ingat ini kerja mamat tu. Tapi masa Kasheeda analyze pattern lelaki tu dengan Irfan, they are totally two different person. Cara mereka berjalan adalah berbeza. Plus, this man has a tougher figure kalau nak dibandingkan dengan Ku Irfan." Dia percaya akan Kasheeda. She's a genius. Tunku Noah dan Tunku Niel sendiri menyerahkan kepercayaan mereka kepada gadis itu. Jadi dia yakin Kasheeda lebih arif tentang semua ini.

Rais ternganga. Okey. Jadi maksudnya?

"Jadi?"

"The culprit is not that little shit. It can be other person. Or else, the culprit can be a bunch of jerks who want to messed up with me and used Nuri to pissed me off." Ujar Tengku Rafael. Entahlah. Terlalu banyak andaian di fikirannya sampaikan dia tak tahu yang mana satu jawapan yang sebenar.

Keliru.

"Maksudnya, ada orang rancang semua ni? Tapi kenapa Nuri Nafeesa? Why she? Aku faham kalau mereka nak cari masalah dengan kau, tapi kenapa mereka pilih Nuri? Nuri tu kekasih kau ke apa?"

Tengku Rafael rasa nak tumbuk je mulut Rais masa tu. Ya Allah!

"Haa aku tahu! Mungkin sebab Nuri rapat dengan kau kut? Yelah kau kan selalu pergi mana-mana dengan Nuri Nafeesa." Ujar Rais lagi. Memberi teorinya yang agak masuk akal.

Tengku Rafael diam.

Jadi. Semua ini berlaku sebab dia? Dia penyebab Nuri Nafeesa jadi seperti ini?

Aku ke penyebabnya...

Tengku Rafael meraup wajah dan bersandar ke kerusi empuknya.

"Ya Allah! Aku rasa bersalah sangat-sangat Rais. Ini semua salah aku. Kalau aku tak tinggalkan dia seorang diri di majlis tu, semua ni takkan terjadi."

Hal ini bukannya boleh dibawa main. Maruah. Ini soal maruah. Lebih-lebih lagi apabila menyentuh hal maruah seorang perempuan. Sangat sensitif.

"Kau rasa kalau orang lain tahu, ada ke lelaki nak kahwin dengan dia? Hmm. Kalau duit aku dah cukup, boleh jugalah aku masuk meminang dia." Rais rasa sedih pula mengenangkan nasib Nuri Nafeesa. Muda-muda dah hadap benda seperti ini.

✓ TENGKU RAFAEL LUTHWhere stories live. Discover now