Xaviera-01

145K 5.5K 896
                                    


Laju degupan jantung Annisa ketika ini menunggu kedatangan pengantin lelaki. Tidak dia sangka yang melamar dia adalah lelaki yang terkenal di tempat dia belajar.

Flashback

"Annisa, semua pilihan ada di tangan kamu. Sama ada nak pilih pihak yang pertama atau yang kedua." Kata Encik Rizuan.

"Bissmillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah saya yakin dengan pilihan saya, saya memilih lamaran dari pihak pertama." Dengan sekali lafaz Annisa memberi jawapan.

"Alhamdulillah. Jika itu sudah menjadi pilihan kamu, abi dengan umi akan mendoakan perjalanan untuk kamu membina mahligai dipermudahkan." Doa Encik Rizuan bersama dengan senyuman kegembiraan.

"Boleh saya tahu siapa nama calon suami saya?" Tanya Annisa dengan lembut kepada kedua orang tuanya.

"Sekejap lagi mereka datang dan disitu kamu boleh kenal dengan calon suami Nisa." Jawab Puan Ayu bersama dengan senyuman.

Annisa hanya membalas senyuman uminya. Sungguh dia berdebar ketika ini untuk mengetahui siapakah bakal suaminya.

"Assalamualaikum." Kedengaran suara garau seseorang sedang memberi salam dari luar.

Jantung Annisa semakin laju berdegup mendengar suara tersebut.

"Waalaikumsalam." Jawab Encik Rizuan dengan ramah. Dijemput ahli keluarga tersebut untuk masuk ke rumah mereka.

Seketika pandangan mereka bertaut. Tak Annisa sangka lelaki yang melamar dia adalah Haider. Lelaki yang diam-diam buatkan hatinya sentiasa berdegup kencang.

Lama dua keluarga tersebut berbual dan berbincang tentang majlis perkahwinan antara Annisa dan juga Haider dan hanya sesekali mereka berdua menyampuk apabila ditanya.

End of flashback

...

Puan Ayu memegang lembut bahu anaknya. Dari muka pintu dia melihat wajah sugul Annisa seperti ada sesuatu yang menganggu fikiran anaknya.

"Anak umi dah sedia ke ni?" tanya Puan Ayu dengan lembut. Dia tahu ada yang membuatkan Annisa jadi seperti ini tapi dia tak nak buat anaknya semakin hanyut dengan perasaan itu jadi dia datang untuk tenangkan anaknya.

Annisa hanya membalas senyuman uminya lalu badan tua itu dipeluk dengan erat. Sunggu saat ini dia tidak tahu untuk berkata apa. Sama ada dia sudah sedia ataupun belum.

"Umi doakan Nisa ya." Kata Annisa dengan nada yang sudah bertukar sebak.

"Umi selalu doakan anak umi." Jawab Puan Ayu dengan tangannya mengusap lembut belakang Annisa memberi kekuatan kepada anaknya.

"Pengantin lelaki dah sampai." Kedengaran suara mak ngah Annisa dari luar memberitahu rombongan pihak lelaki sudah berada diluar.

"Nisa jangan nangis sayang. Hari ni hari bahagia Nisa." Puan Ayu menyeka air mata anaknya. Annisa hanya menganggukkan kepalanya dan memberikan senyuman manis.

"Umi keluar sekejap ya. Nanti umi datang balik." Annisa memandang sepi pemergiaan uminya.

"Maafkan aku Viera." Bukan dia tak tahu kawannya sangat-sangat meminati dan mencintai Haider namun dia tidak sangka lelaki itu melamarnya setelah beberapa kali mereka bertemu.

Masih teringat pertemuan pertama mereka berdua yang membuatkan Annisa tidak tidur malam.

"Haider ini Annisa. Annisa ini Haider." Ramah Xaviera memperkenalkan mereka berdua. Xaviera berkawan rapat dengan Fathi dan Emyr iaitu kawan kepada Haider dan secara tidak langsung juga Haider mengenali Xaviera.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now