Xaviera-49

73.5K 3.8K 1.3K
                                    

Awal pagi Xaviera sudah berangkat keluar dari rumah. Biarlah kali ini dia pergi dari Haider. Tiba masanya untuk dia fikirkan dirinya yang selama ini langsung tidak dipandang apatah lagi dihargai.

Sebelum pergi, sempat Xaviera meninggalkan surat ucapan selamat tinggal. Lepas ni dia memang tidak mahu ada berhubung dengan lelaki itu. Dia mahu tenangkan diri dan rawat hatinya.

Kaki dibawa keluar lalu kasut disarung. Sengaja dia tidak memakai selipar yang selalu dia gunakan agar Haider berharap yang dia masih tinggal dirumah tersebut.

Xaviera menelefon teksi yang sudah dia tempah dan tidak lama menunggu, akhirnya dia menaiki teksi tersebut dan secara rasminya dia telah pergi jauh meninggalkan Haider.

Sepuluh minit selepas Xaviera meninggalkan rumah tersebut, kereta yang dipandu Haider masuk kedalam perkarangan rumahnya.

Tersenyum seketika dia apabila melihat kereta Xaviera masih terparking disebelah keretanya dan dihadapan pintu masih ada selipar yang selalu isterinya guna.

"Assalamualaikum, Viera.." katanya dari luar rumah.

Kaki menaiki anak tangga menuju ke bilik mereka lalu tombol pintu dibuka dengan muka yang mengharap isterinya masih baring diatas katil.

Namun itu hanyalah harapan yang sia-sia apabila katil tersebut sudah kemas.

"Viera..." Haider mencari di bilik mandi tapi bilik itu kosong dan gelap.

Perasaanya sudah tidak sedap dengan apa yang dia lihat sekarang. Tak mungkin! Tak mungkin!

"Viera!" teriak Haider dan kini suara itu sangat kuat memanggil nama isterinya.

Satu persatu bilik yang berada ditingkat atas dibuka mencari keberadaan isterinya namun masih sama. Kosong!

"Viera.." laju kakinya dibawa menuruni anak tangga dan dibawa masuk ke bilik kecil Xaviera.

Ya Allah!

Terundur langkah Haider kebelakang apabila bilik itu sudah kosong sepertimana keadaan asalnya.

Haider membuka almari baju Xaviera dan jelas hanya tinggal beberapa sahaja helai baju yang tergantung. Begitu juga dengan alat solek Xaviera dimeja kecilnya. Kosong! Meja itu bersih daripada barang-barang Xaviera.

"Viera.."terduduk lemah Haider di birai katil isterinya. Dia lambat. Dia lambat untuk menghalang isterinya dari pergi jauh.

Semakin lebat air mata Haider mengalir apabila dia tercium haruman vanilla yang selalu digunakan oleh isterinya.

"Viera, kenapa kau tinggalkan aku?"

Masih belum terlambat untuk mengejar Xaviera. Dia yakin Xaviera masih berada dibandar dan jarak mereka belum jauh lagi.

Dengan pantas Haider keluar dari bilik Xaviera lalu kaki dibawa menuju ke keretanya namun langkah itu diperlahankan apabila dia melihat ada sekeping kertas yang melekat di cermin bersebelahan dengan pintu masuk. Haider mencabut kertas tersebut dan badannya dibawa duduk disofa ruang tamu.

Dengan perlahan-lahan dia membuka surat tersebut dan dibaca satu persatu isi surat itu.

Assalamualaikum,

Saat awak baca ni saya dah pergi jauh dari awak. Saya minta maaf tak beritahu awak yang saya nak pergi. Saya minta maaf sebab tak minta izin keluar dari awak tapi saya mohon dan merayu dengan awak, izinkan saya pergi.

Saya dah tak boleh untuk teruskan semuanya Haider. Saya dah hancur. Saya dah tak boleh bertahan dengan apa yang awak sudah lakukan.

Jika dulu, saya masih boleh pujuk hati saya untuk tunggu awak, untuk terus berjuang dapatkan cinta awak tapi kali ini saya menyerah. Tiada perempuan yang rela dimadukan.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now