Xaviera-42

69.9K 4K 795
                                    

Xaviera tak dapat tidur nyenyak apabila semalam kepalanya asyik berdenyut sahaja. Dia hanya mampu menahan rasa sakit itu dan langsung tak keluarkan sebarang suara tak nak ganggu tidur suaminya.

Kerna tak tahan, dia bangun lalu masuk ke bilik mandi untuk segarkan mukanya. Mungkin dia terlalu memikirkan masalahnya sehingga badannya menjadi mangsa.

Selesai dia membasuh muka, ia memandang sahaja wajahnya di pantulan cermin. Lama sehingga mukanya bertukar cemas apabila ada cecair merah keluar dari hidungnya.

Tangan pantas sahaja menarik tisu yang disimpan dalam bilik tersebut dan disumbatkan tisu itu kedalam lubang hidungnya.

"Aku sakit ke?" Seingatnya ini dah kedua kali darah keluar dari hidungnya. Yang pertama masa mereka camping.

Tok

Tok

Tok

"Viera.." kedengaran suara suaminya memanggil dia dari luar.

Tisu yang berada di dalam hidungnya dikeluarkan lalu dia buang di dalam tong sampah. Sebelum dia buka pintu, mukanya dibasuh sekali lagi agar tak ada kotoran yang melekat.

Buka sahaja pintu bilik, badan Haider terus sahaja jatuh kearahnya.

"Haider.." panggilnya dengan terkejut. Nasib sahaja dia pantas stabilkan dirinya kalau tak dua-dua jatuh kebawah.

"Kenapa dekat sini? Pergilah tidur kalau masih mengantuk."

"Aku tak boleh tidur kalau kau tak ada." Kata Haider dengan mamainya.

"Jangan nak mengada Haider. Jom tidur!" dipukul punggung suaminya dengan lembut.

Dia membantu untuk baringkan semula badan suaminya. Adui buat hal betul Haider ni, nasib sahaja dia ni kuat nak bawa badan Haider yang dua kali ganda dari badannya.

"Tidur Haider..." dia turut mengambil tempat di sebelah suaminya. Tangan tak henti menepuk belakang suaminya mendodoikan Haider.

Tanpa dia sedar, ada keluhan keluar dari mulutnya. Banyak sangat yang menganggu fikirannya. Daddy, Annisa, mummy, semuanya berkumpul dalam satu masa yang sama.

Tak tahu kenapa dia rasakan ada sesuatu yang buruk bakal terjadi dan dia takut hubungannya dengan Haider yang terkena tempias. Dia baru sahaja bahagia dengan lelaki ini.

"I love you Haider." Ujarnya dengan perlahan. Dia pejamkan matanya nak halau semua benda yang menganggunya.

Haider mengeratkan lagi pelukan di pinggang isterinya. Dia dengar keluhan tadi dan dia yakin ada benda yang mengganggu fikirannya.

...

Setelah mereka berdua selesai menunaikan solat subuh, Xaviera memandang sahaja langkah suaminya yang kelihatan sangat sibuk. Sekejap masuk tandas sekejap pandang cermin dan sekejap buka almari.

"Awak ada nak pergi mana-mana ke?" soalnya dengan mata memandang sahaja badan Haider yang tidak berbaju.

"Aku nak jogging dengan Ayyan. Nak ikut ke?" membesar matanya apabila dia tahu suaminya nak keluar.

"Boleh ke?" dia memang tak nak berpisah dengan Haider kerna dia takut nak tinggal dirumah ni sendiri. Nanti hatinya tak kuat kalau diperli.

"Boleh sayang." Naik merah muka Xaviera dipanggil dengan panggilan tersebut.

Haider yang sudah siap berpakaian menunggu isterinya menukar baju yang sesuai. Dia duduk sahaja di katil dan sambil itu dia melihat telefonnya.

"Awak, saya dah siap." Katanya dengan tangan mengikat rambutnya.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now