Xaviera-12

74K 3.9K 839
                                    

Jauh Xaviera termenung kosong memikirkan mengenai majlis yang bakal diadakan jumaat ini. Apa yang sedang terjadi di hadapannya langsung tak menarik perhatiannya.

"Aku tak akan biarkan Annisa munculkan diri di majlis tu."

Tak kira lah apa cara sekalipun dia akan pastikan Annisa tak datang, nanti makin menjadi pula perangai perempuan munafik tu.

"Setakat ni je kelas kita, jika ada persoalan boleh tanya saya terus." Mereka semua berlumba-lumba mengemas barang nak keluar namun berlainan pula dengan Xaviera.

Dia sibuk mencari keberadaan Annisa. Hari ni dia nak selesaikan semua urusannya dengan perempuan tu.

"Annisa!" teriaknya dengan kuat.

Annisa menoleh kebelakang nak lihat siapa yang sudah memanggil dia. Ternyata Xaviera lah yang sudah panggil dia. Terasa malas pula nak bersemuka dengan Xaviera.

"Awak nak apa lagi?" tanyanya dengan malas.

"Aku nak bagi amaran dekat kau. Kau jangan gatal nak terima ajakan Haider datang pergi rumah mummy jumaat ni. Kalau aku tahu kau datang, siap kau."

Annisa yang mendengar hanya tersenyum sinis. Siap sahaja dia kemas barangnya dia berdiri untuk berhadapan dengan Xaviera.

"Kenapa? Kenapa takut sangat ni Viera? Saya datang sebagai tetamu je pun, janganlah takut." Balasnya dengan pandangan sinis.

Tergelak sinis Xaviera melihat perubahan Annisa. Dah berani nak tunjuk perangai sebenar.

"Aku takut?"

"Bukan sebaliknya ke? Aku tak nak lah kau menangis lepastu patah hati tengok macam mana Haider layan aku." Kata Xaviera dengan tenang walaupun didalam hati dia sahaja tahu macam mana Haider melayannya.

Raut wajah Annisa berubah serta merta. Takkan lah secepat ini Haider dah terima Xaviera sebagai isterinya.

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Annisa dah tak mampu melihat wajah Xaviera yang sedang mengejeknya.

"Baru kau tahu, ada hati nak lawan aku konon." Rambutnya diselak dengan bangga. Tak sangka dia boleh buat Annisa cemburu.

...

Langkah Annisa dikuasai dengan perasaan marah dan geram. Wajahnya terpampang betapa dia geram dengan sikap Xaviera.

"Kau fikir kau boleh bahagia macam tu je." Cara Xaviera buatkan dia nak rampas Haider dari perempuan perampas tu.

"Annisa!"

Annisa menghentikan langkahnya. Dia kenal akan pemilik suara itu.

"Nak pergi mana? Kelam kabut je aku tengok," ujar Haider seusai dia berjaya mengejar langkah Annisa.

"Awak nak apa lagi?" sengaja Annisa jual mahal. Kita tengok siapa kejar siapa sekarang ni.

"Jumaat ni mummy ada buat kenduri dekat rumah. Datanglah kalau kau ada masa," ajak Haider.

Annisa memandang sekejap wajah Haider. Ini rupanya maksud Xaviera tadi.

"Saya sibuk lagipun isteri awak tadi ada pesan dekat saya. Dia tak nak saya ada di majlis tu." Balas Annisa dengan datar.

"Ha? Viera cakap macam tu dengan kau?" soal Haider tak percaya.

"Dahlah, saya tak nak ambil peduli pun dengan semua ni. Saya sibuk, mungkin saya tak dapat datang jumaat nanti." Annisa terus beredar pergi seusai dia membalas soalan Haider. Puas hatinya dapat kerjakan Xaviera.

"Tak guna kau Viera!"

...

Xaviera yang tak tahu apa akan berlaku dengannya selepas ini, tengah gembira dengan kawan-kawannya. Haider yang kebetulan mencari isterinya tak terkata melihat Xaviera yang sedang bergelak ketawa.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now