Xaviera-56

73.5K 4K 382
                                    

Sejak pertemuan Xaviera dengan Ayyan, dia memutuskan untuk tidak keluar bilik. Lagipun badannya sangat lemah saat ini.

Dia hanya mampu terbaring diatas katil. Baju yang digunakan tadi juga masih tersarung dibadannya disebabkan sudah tiada tenaga untuk dia tukar baju.

"Ya Allah! Sakitnya." Rintih Xaviera sambil menggigit bibir bawahnya. Tak tahan dia dengan sakit kepala yang menyerangnya.

Kerna tak dapat menahan sakit tersebut, air matanya menitis jatuh membasahi bantal yang digunakan. Selalunya kalau sakit kepalanya datang, dia akan tidur untuk hilangkan sakit tersebut tapi kali ini sakit itu terlalu kuat sehingga matanya tidak boleh dipejam.

"Haider, sakit..." itulah kebiasaannya memanggil nama Haider apabila sakitnya menyerang. Walaupun dibibir dia kata tidak mahu berjumpa namun dihatinya hanya ada nama Haider.

"I'm here sayang." Sahut suara garau yang sangat dirindui oleh Xaviera.

Xaviera tahu itu semua hanyalah mimpinya namun dia sangat berharap ketika ini yang menyahut bukan mimpi dan juga khayalannya.

"Sakit.." rengek Xaviera dengan mata dipejam sangat erat. Dia tidak mahu bangun daripada mimpinya.

Tangan kasar itu mengurut lembut kepala isterinya. Sakit yang tadi kuat menyerang kian pergi dan kerutan didahinya juga sudah hilang membuatkan wajah itu kembali sedia kala dan disebabkan urutan itu Xaviera dapat tidur dengan lena.

Entah berapa lama Xaviera tertidur, akhirnya dia terbangun apabila dirasakan badannya seperti terkena angin petang. Mata dibuka perlahan-lahan dan Alhamdulillah sakit dikepalanya betul-betul sudah pergi jauh. Pergilah jangan datang lagi!!

Kaki dibawa masuk ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya. Asar sudah dipenghujung waktu dan dia cepat-cepat mengambil wudhuk dan mengerjakan solat.

Setelah selesai bertemu dengan Ilahi dan meluahkan semuanya, dia membawa diri ke balkoni melihat pemandangan senja.

Masih lagi dia dapat rasakan sentuhan hangat Haider tadi. Dia tak tahu sama ada apa yang dia alami adalah betul atau mimpi tapi entah kenapa perasaannya tenang sangat.

Tergelak kecil Xaviera dengan apa yang bermain difikirannya. Tak mungkin itu adalah kenyataan.

"Tak mungkin! Manalah dia nak tengok aku yang dah macam mayat ni. Bagus dia nampak Annisa yang cantik berseri." Digelengkan kepalanya membuang semua angan-angannya dan selepas itu matanya mula termenung kosong.

...

Awalnya Xaviera hanya meluangkan masa didalam biliknya sehinggalah dia terganggu dengan bunyi ketukan diluar pintunya. Rasanya dia tak ada pesan makanan.

Tok tok tok

"Sekejap!" teriak Xaviera dengan kuat. Diambil selendang hitam lalu diletakkan dikepalanya menutup rambutnya daripada dilihat orang.

Tok tok tok

"Sekejap lah! Tak ada adab ke nak ketuk-ketuk macam ni." Marahnya apabila orang yang diluar bilik mengetuk seperti hendak pecahkan pintu bilik Xaviera.

"Surprise.." kelihatan tiga wajah yang dia tak nak jumpa. Kalau dia tahu siapa yang ketuk pintunya memang dia hanya diamkan diri sahaja.

"Haishhhhh!" Xaviera terus menolak pintunya rapat agar wajah ketiga lelaki itu tidak menyapa dipandangannya.

"Kenapa gelabah sangat ni?" Emyr menahan pintu tersebut daripada terus ditutup oleh Xaviera. Makin kuat Xaviera tolak pintu tersebut makin kuat juga Emyr menghalangnya. Dan akhirnya dia menyerah dan membiarkan pintu tersebut terbuka luas.

 HAIDER LUTHFAN Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt