Xaviera-39

71K 3.8K 1.1K
                                    

Emyr hanya memandang sepi kearah Edeline yang masih terkejut dengan tamparan Haider. Tak tahu macam mana nasib Edeline lagi apabila dia terserempak dengan Haider dan dia pasti Haider tak akan lepaskan Edeline begitu sahaja.

"Apa kau dah buat ni Ede?" soal Emyr dengan kesal dan rambutnya diraup dengan kasar. Pusing dia fikirkan masalah ni.

"I buat apa yang patut Emyr. I cuma nak dapatkan keadilan atas apa yang perempuan tu dah buat." Balas Edeline tak puas hati. Sepatutnya Emyr bela dia yang pergi bela perempuan tu kenapa?

"Perempuan tu ada nama. Nama dia Xaviera." Tajam mata Emyr memandang Edeline. Dia tak suka apabila Xaviera dipanggil tanpa nama. Xaviera adalah kawannya.

Tertunduk Edeline apabila dipandang dengan pandangan yang tajam itu. Salah dia ke sebab nak bela Emyr? Jelas-jelas perempuan tu salah. Apa hebat sangat Xaviera tu?

"Kau balik lah Edeline. Kau datang sini pun buat kepala aku tambah pening je." Halau Emyr lalu dia rehatkan kepalanya dan mata ditutup dengan erat.

Edeline yang sudah panas dengan layanan Emyr terus melangkah keluar dari bilik tersebut. Geram dengan sikap lelaki itu yang selalu menyebelahi Xaviera.

Usai Edeline keluar meninggalkan bilik tersebut, sekali lagi keluar keluhan berat dari mulut Emyr. Pandai-pandailah kau hidup lepas ni.

...

Xaviera menahan sahaja sakit dipergelangan tangannya. Genggaman Haider terlalu kuat tapi dia tak ada keberanian nak beritahu suaminya melihat kepada keadaan Haider yang sangat tegang.

"Awak.." panggilnya dengan perlahan.

Haider tidak menghiraukan panggilan tersebut. Ditarik tangan Xaviera sehinggalah mereka berada dihadapan kereta Haider.

Tanpa kata Haider menarik Xaviera masuk kedalam tempat penumpang dan badan dibongkokkan sedikit untuk memakaikan tali pinggang di badan isterinya.

Xaviera hanya membiarkan suaminya membuat apa yang dia mahu. Dia tundukkan sahaja kepalanya tak berani nak bersemuka dengan Haider.

Setelah selesai memasangkan seatbelt, Haider memandang sisi wajah Xaviera yang sedang tertunduk. Rambut yang terjatuh diselitkan dibelakang telinga Xaviera.

"Sakit ke?" Haider duduk mencangkung di tepi kereta dan mata memandang kearah bibir dimana Xaviera kena tampar.

Kesian juga dengan nasib bini dia. Semalam kena tampar oleh Eric, hari ni pula kena tampar oleh Edeline.

"Ha?" kepala yang tadinya tertunduk kini tegak memandang ke arah Haider.

Haider terus memberikan satu ciuman di tepi bibir Xaviera sebagai penawar kepada rasa sakit yang dirasai oleh isterinya.

"Dah tak sakit..." katanya bersama dengan senyuman.

Haider yang tadinya tegang sahaja terus sahaja berubah melihat senyuman manis isterinya.

"Lain kali jangan baik sangat. Kalau boleh lawan, kau lawan."

"Memang salah saya. Wajar kalau Edeline nak marah." Ujar Xaviera dengan perlahan.

Haider mengeluh sahaja.

"Dahlah! Kita balik ya." Haider mengelus sisi kepala Xaviera lalu dia berdiri dari duduknya.

Xaviera hanya memandang langkah Haider sehinggalah lelaki itu betul-betul berhenti di hadapan kereta mereka. Kelihatan Haider sedang menyambut telefon dan riak itu jelas berubah seperti ada sesuatu yang berlaku.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now