Xaviera-14

72.8K 4.3K 1.3K
                                    

Selesai mereka semua makan, Xaviera mengemas meja tersebut. Berkali juga Mak Yam larang namun Xaviera pekakkan sahaja telinganya. Takkanlah dia nak tinggalkan Mak Yam bersihkan meja ni sendiri.

"Viera tak payah basuh pinggan tu. Biar Mak Yam je yang basuh." Dari tadi Mak Yam membebel meminta agar dia tidak menyentuh pinggan tersebut.

Mak Yam takut tangan runcingnya dimakan sabun.

"Apalah Mak Yam ni. Viera okey je lah." Ujarnya dengan senyumam.

Ayyan yang mendengar pertelingkahan kecil itu tersenyum.

"Biar Ayyan je lah yang buat." Suara garau itu membuatkan kepala mereka berdua serentak menoleh ke muka pintu.

"Ayyan kenapa datang sini? Pergilah duduk depan, nanti Tengku marah."

"Dekat depan bosan, tak ada Viera." Xaviera menggelengkan sahaja kepalanya.

"Mengada je dia ni." Kata Xaviera membuatkan Ayyan tergelak.

"Korang kemas lah. Mak Yam nak duduk rehat." Memandangkan dua anaknya ni pun terlebih rajin jadi biarlah mereka yang bersihkan.

...

Selesai kerja mereka membersihkan dapur siap, Xaviera tak terus meninggalkan ruang tersebut melainkan dia menemani Mak Yam yang sedang berehat di meja kecil yang memang disediakan didalam dapur tersebut.

"Viera pergilah naik, dari tadi tolong Mak Yam. Mesti Viera penat." Kesian dia nampak muka lesu Xaviera.

"Nantilah Mak Yam. Lagipun keluarga mummy masih ada dekat depan, nanti diorang terkejut tengok anak pembantu naik dekat tingkat atas." Balas Xaviera dengan senyuman tipis.

Ayyan yang kebetulan masih berada disitu melihat wajah Xaviera yang kelihatan sedih sahaja. Xaviera pasti terasa dengan apa yang dikatakan oleh adik mummy tadi.

"Biar aku temankan kau naik." Ayyan menawarkan diri untuk menemani Xaviera naik ke atas.

"Gila ke? Nanti keluarga mummy awak hairan. Tak pasal-pasal nama awak buruk,"

Ayyan hanya tersenyum sahaja. Niatnya hanya nak bantu sahaja.

"Viera, Mak Yam tanya boleh?" Mak Yam tiba-tiba menyampuk perbualan mereka berdua.

Dia perasan dahi Xaviera sepertinya ada luka namun dia tak yakin kerna ada rambut yang menutupi dahi tersebut.

"Mak Yam nak tanya apa?" kini fokus mereka berdua beralih kearah Mak Yam.

"Dahi Viera luka ke?" Xaviera terus menyentuh dahinya. Terasa ada cecair merah yang melekat ditangannya.

"Tak adalah, keringat je ni."

Ayyan menyelak rambut Xaviera apabila dia melihat ada keraguan di wajah wanita itu.

"Ini kau kata keringat?" dia yakin ini mesti sebab Haider. Luka tu pun nampak masih baru, mesti ada pergaduhan yang berlaku antara suami isteri ni.

"Alah, sikit je pun. Nanti saya sapu ubat, baik lah tu." Balasnya dengan tangan menolak lembut tangan yang berada di dahinya.

Ayyan dan Mak Yam saling berbalas pandang. Mereka nak tanya lebih, Xaviera pasti akan menafikan. Nak jaga nama baik suami lah katakan.

Mereka berbual seperti biasa. Xaviera berusaha menjadikan suasana mereka ceria sahaja.

"Mak Yam masuk bilik lah dulu, dah mengantuk." Kalau ikutkan dua anak muda ini memang habislah tenaganya.

"Selamat malam Mak Yam," ucap mereka dengan serentak.

"Jom, kita duduk depan." Ajak Ayyan.

"Tak nak lah. Saya nak duduk sini je." Xaviera menolak dengan lembut berharap Ayyan tak paksa dia untuk turut serta duduk dengan yang lain.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now