Xaviera-04

85.6K 4.4K 509
                                    


Tidak lena tidur Xaviera apabila dia terpaksa bersempit dengan barang-barang yang tak digunakan oleh Haider. Sudahlah barang dia banyak, terpaksa Xaviera kecilkan dirinya. Ini pun dia dah di depan pintu, kalau Haider buka dengan mendadak memang hancur lah badannya.

Sedang dia baring di tempatnya, teringat pula apa yang dikatakan oleh Haider tadi petang dan membuatkan terletusnya gelak kecil Xaviera yang kedengaran sangat hambar.

"Haider bilik saya dekat mana?" tanya Xaviera seusai dia memasukkan kesemua barang yang dibeli ke dalam peti ais.

Haider yang sedang duduk santai di ruang tamu hanya memandang sekilas kearah wanita tersebut sebelum matanya memandang semula ke arah telefonnya.

"Dekat bilik stor lah." Jawab Haider dengan malas.

" Awak, bilik tu sempit. Mana lah saya muat." Balas Xaviera dengan lemah. Dia dah nampak macam mana bilik kecil itu dipenuhi dengan barang-barang tak terpakai. Kalau dimasukkan barang-barangnya mana lah dia nak cari oksigen untuk terus bernafas.

Tadi pun dia duduk di sudut bilik itu sahaja, memang bilik ini tak sesuai untuk orang tidur. Ini baru dirinya belum lagi dia bawa barang-barang dekat rumah sewanya.

"Dah memang bilik tu je yang layak untuk kau duduk, terima jelah. Tak payah nak banyak songeh." Ujar Haider dengan datar.

"Kenapa awak tak buang je barang tu? Barang dekat bilik tu semuanya tak berguna, kan?" pelik lah dengan sikap segelintir orang yang suka kumpul barang tak terpakai.

Haider memandang wajah Xaviera dengan lama.

"Awalnya aku memang nak buang tapi benda tu macam berguna pula sekarang."

"Kau nak tahu kenapa sampai sekarang aku tak buang barang-barang tu?" soal Haider dengan kaki mendekati Xaviera.

Kini mereka berdua saling berhadapan. Haider dengan muka sinisnya manakala Xaviera dengan muka takutnya. Sudahlah jarak mereka dekat, boleh saja tangan Haider hinggap di salah satu anggota badannya.

"Supaya kau tak kesunyian. Aku nak kau rasa macam mana jadi benda yang tak berguna di mata seseorang." Perlahan sahaja suara Haider namun sangat menusuk dan meninggalkan kesan di hati Xaviera.

"Sampai hati awak nak samakan saya dengan barang yang tak berguna." Mata Xaviera sudah merah menahan air mata yang nak keluar. Hari ni entah berapa kali dia menangis disebabkan perbuatan Haider.

"Dah memang sama. Kau dengan barang tu dua-dua tak bernilai di mata aku." Dengan kasarnya dahi Xaviera ditunjal kuat.

Air mata sudah tak mampu disimpan. Hinanya dia di mata Haider, suaminya sendiri.

"Tak payah nak menangis Viera. Kau yang mulakan permainan ni, aku cuma rancakkan je." Geli pula dia melihat air mata palsu wanita tersebut.

"Awak memang langsung tak ada perasaan dekat saya ke Haider?" soal Xaviera bersama dengan air mata.

Haider gelak besar dengan soalan bodoh yang diutarakan. Kalau dia bagi soalan bodoh, biar jawapan yang diberikan kedengaran bodoh. Biar padan muka!

"Sampai bila-bila pun hanya Annisa je yang ada dihati aku dan hanya Annisa sahaja yang layak dapat cinta aku. Kau? Boleh pergi mampuslah Viera." Balas Haider dengan senyuman sinis.

"Tak payah nak sebut nama perempuan pengkhianat tu? Jijik saya dengar nama dia."

"Kenapa? Kenapa aku tak boleh sebut nama Annisa. Kau cemburu?" soal Haider dengan sinis. Puas dia melihat muka Xaviera yang sedang menahan marah.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now