Xaviera-08

79.3K 4K 1.1K
                                    


Annisa termenung sendiri di rumah sewanya. Sejak Xaviera tinggalkan dia, rumah ini menjadi sunyi dan kosong. Selalunya ada sahaja cerita Xaviera namun kali ini harinya betul-betul sepi.

Jika diingat balik, Xaviera tak boleh salahkan dia. Ini bukan salahnya, takdir yang mempertemukan dia dengan Haider.

"Saya tak salah. Bukan saya yang rampas Haider dari Xaviera. Saya yakin Haider adalah jawapan disebalik doa yang saya minta." Katanya nak sedapkan hati.

Memang niatnya dia akan menerima lamaran siapapun yang datang pada hari itu kerna dia tak nak cintanya terhadap Haider semakin berkembang.

Sejujurnya dia memang tak tahu lamaran yang dia pilih adalah dari Haider dan seusai dia mengetahui Haider adalah calon suaminya dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia yakin memang Haider adalah jodohnya.

Teringat kembali setiap kali Annisa berselisih dengan Haider pasti akan ada ayat yang keluar dari mulut lelaki itu yang membuatkan hati Annisa gembira dan senang.

"Assalamualaikum." Haider memberi salam
apabila mereka berselisih.

"Waalaikumsalam." Annisa menjawab salam tersebut sambil kepala menunduk ke bawah.

"Entah sengaja atau kebetulan tetapi seperti takdir cuba menyatukan kita berdua." Haider sudah mula membuka langkah.

Annisa hanya tersenyum mendengar kata-kata indah tersebut.

"Jika kita memang ditakdirkan bersama, In sya Allah pasti dipersatukan di waktu yang terbaik. Tak ada istilah sengaja atau kebetulan." Balas Annisa dengan lembut.

"Oleh itu, kubuka hatimu dengan al fatihah agar hatimu kuat terguncang oleh al zalzalah kerna ku tahu hatimu tak sekeras al hadid melainkan selembut ar rahman." Kata Haider bersama dengan senyumannya.

"Saya tak akan membiarkanmu masuk kedalam hati saya kerna hati berbolak balik sifatnya. Tapi saya akan mengukirmu dalam doa sebab doa tercatat di langit selamanya." Balas Annisa sebelum dia pergi meninggalkan Haider. Malu pula dengan jawapan yang diberikan.

Haider yang mendengar balasan tersebut sudah tersenyum bahagia. Ada peluang untuk dia merebut hati Annisa.

"Awak yang munafik Viera. Awak khianat saya, umi dan abi saya." Habis satu kampung mengata umi dan abinya tentang pembatalan majlis tersebut. Abi dan umi hanya mampu mendiamkan diri kerana aib keluarga Haider juga perlu dijaga.

...

Xaviera merenung langit malam dari tingkap biliknya. Untung sahaja sewaktu dia balik tadi Haider tiada dirumah. Kalaulah lelaki tu ada mesti habis dia diterajang lagi. Sudahlah lebam semalam belum surut lagi.

"Apalah nasib kau Viera, kahwin dengan lelaki yang cintakan perempuan lain." Tergelak kecil Xaviera dengan kebodohannya sendiri.

Dia ingat Haider ni lelaki yang boleh dikawal. Rupanya lebih syaitan daripada syaitan sebenar.

Xaviera pantas menggelengkan kepalanya.

"No Viera! Kau mana boleh mengalah. Kau dah selangkah dihadapan Annisa. Kau dah jadi isteri sah untuk Haider jadi kau perlu buat Haider jatuh hati dengan kau lepastu hapuskanlah nama Annisa dari hidup Haider." Dia dah disepak macam ni takkanlah dia nak menyerah macam tu je.

Sedang Xaviera berbicara dengan dirinya sendiri, kedengaran bunyi telefonnya berdering. Berkerut dahinya melihat nombor tidak dikenali namun Xaviera mengangkat panggilan tersebut manalah tahu panggilan tu penting.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now