Xaviera-19

79.1K 4.6K 976
                                    

Setelah Haider pergi meninggalkannya, dia hanya termenung kosong. Bodohnya dia sebab masih bertahan dengan perangai Haider.

"Fia, aku penat. Aku sakit." Ini kalau dia cerita dengan wanita itu, mesti dia bakal dimarah lagi. Dah berkali wanita itu meminta dia untuk undurkan diri tapi dia degil, masih nak tunggu Haider.

Matanya terasa sangat berat. Dia nak pejamkan mata sekarang tapi kalau dia terus berada disini, darahnya pasti akan mengotori lagi lantai rumah Haider.

Walaupun kepala dan seluruh badannya terasa sakit, dia gagahkan juga untuk bangun. Perlahan-lahan dia gerakkan badannya tak nak tambahkan lagi kesakitannya.

Xaviera tak nak merengek sakit. Dia tahan dirinya untuk tak keluarkan sebarang rengekan. Bibir bawahnya digigit dengan kuat sebagai tanda dia sedang menahan sakit.

"Kau kuat Viera." Tak ada yang boleh beri dia semangat selain dirinya sendiri.

Dengan pergerakan yang perlahan-lahan dia dapat berdiri. Tangan pantas memegang pemegang tangga sebagai penyokong badannya.

Setelah keadaannya sedikit baik, dia membuka langkah menuju ke biliknya. Sesekali itu, dia terpaksa berhenti seketika apabila kepalanya tiba-tiba rasa sakit.

Sebelum dia bersihkan diri, Xaviera bersihkan terlebih dahulu tempat yang kotor tadi. Saat ini dia rasa nak pengsan sahaja tapi dia tahan. Peluh-peluh dingin juga mula membasahi dahinya. Bibir serta wajahnya sudah bertukar pucat.

Selesai bersihkan kawasan tersebut, dia membawa dirinya masuk ke dalam bilik. Sepanjang perjalanan menuju ke bilik, air matanya tak henti mengalir.

Dia kasihan dengan dirinya sendiri. Tak ada yang peduli dengannya. Tak ada yang tahu dia sedang sakit saat ini.

"Dunia kejam kan, Viera." Katanya dengan senyuman hambar.

"Tak apa Viera, nanti kau rehatlah." Xaviera mengusap lembut kepalanya memberi semangat untuk terus bertahan.

...

Bangun sahaja dia dari tidurnya, kepalanya sudah berdenyut kuat. Sakit di kepalanya membuatkan dia pejam semula matanya.

"Viera, aku lapar!" kedengaran suara seseorang memanggilnya dari luar.

Xaviera tak peduli dengan suara tersebut. Biarlah apa nak jadi, jadilah. Kalau boleh dia nak mati sekarang, tak nak lagi rasa sakit disebabkan perbuatan Haider.

"Woi! Kau jadi isteri jangan pemalas sangat. Ni dah jam lapan, mana sarapan aku?" suara itu semakin dekat dengannya.

Dengan terpaksanya, dia bangun dari tidur. Walaupun kepala serta badannya sakit, dia gagahkan dirinya untuk bangun.

"Sekejap."

Xaviera membuka pintu biliknya. Buka sahaja pintu tersebut, wajah Haider terus menyapa di pandangannya.

Haider memerhati sahaja wajah Xaviera yang sangat pucat. Lidahnya menolak dinding pipi dan mata melihat Xaviera dari atas ke bawah.

"Saya buatkan awak roti bakar je, boleh?" katanya dengan suara yang sudah bertukar serak.

"Hmm," balas Haider kemudian dia terus berlalu menuju ke ruang tamu.

Xaviera juga turut berlalu menuju ke dapur. Haider langsung tak tanya tentangnya.

Setelah lima belas minit Xaviera berada di dapur, dia keluar bersama dengan pinggan yang berisi roti bakar.

"Haider sarapan dah siap."

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now