Xaviera-53

69.6K 3.7K 2.4K
                                    

Dari tadi Haider cuba untuk memejamkan matanya namun sangat sulit. Setiap kali dia pejam mata, wajah Xaviera bermain di fikirannya.

Haider mengambil telefon bimbitnya lalu ditekan aplikasi WhatsApp dan dicari nama isterinya. Walaupun Xaviera tidak membalas pesanannya tapi dia yakin satu hati nanti isterinya pasti akan baca.

Tetap sama. Pesanan yang dihantar olehnya langsung tidak dibaca oleh Xaviera. Dimana lagi dia perlu cari isterinya.

Annisa menapak masuk kedalam bilik dan kelihatan Haider tidak melelapkan mata malahan dia sibuk bermain telefon.

"Awak tak tidur?" soal Annisa lalu punggung duduk disamping Haider.

Haider hanya diam. Dia langsung tak jawab persoalan tersebut dan mata serta jari jemarinya sibuk di telefon.

Annisa memberanikan diri untuk memeluk tubuh Haider. Terhenti nafas Haider dengan pelukan tersebut. Dia cuba untuk meleraikan pelukan itu namun Annisa berkeras memeluknya.

"Please Haider! Saya tak minta lebih dari awak. Sekarang awak bersama saya, saya merayu sangat dengan awak lupakan seketika Xaviera." Rayu Annisa dan dengan perlahan-lahan air matanya merembes keluar dengan lebatnya.

"Aku tak boleh." Balas Haider dan membuatkan hati Annisa semakin sakit. Annisa meleraikan pelukan tersebut lalu matanya memandang kearah Haider.

"Saya tak minta awak lupakan Xaviera selama-lamanya tapi saya minta kalau didepan saya, awak fokus dengan saya. Sakit awak. Sakit sangat dengar nama Viera keluar dari bibir awak." Ujar Annisa dengan tangisannya.

"Cukup aku bertahan dalam perkahwinan ni dan jangan sesekali kau minta untuk aku lupakan Viera." Balas Haider dengan datar.

"Saya tak suruh awak untuk lupakan Viera tapi untuk seketika tolong jangan sebut nama dia dihadapan saya. Saya pun ada perasaan Haider."

Haider berdiri dari tidurnya lalu dia berdiri agar dirinya tak terlalu dekat dengan Annisa dan dia berura-ura untuk keluar. Sebelum dia melangkah keluar sempat dia berkata sesuatu yang membuatkan Annisa bertambah benci dengan Xaviera.

"Kau yang nak sangat kahwin dengan aku jadi aku minta kau sedar dengan kedudukan kau. Aku hanya bertanggungjawab atas apa yang aku dah lakukan dan cukup untuk itu sahaja. Aku minta dengan kau jangan mengharapkan yang lebih dari aku sebab wanita yang aku cinta hanya Viera dan tak ada orang lain."

"Dan satu lagi, kau bersyukur sebab aku tak naik tangan dengan kau. Berterima kasih dengan Viera yang minta dengan aku untuk tak sakitkan kau." Seusai berkata, Haider pergi meninggalkan Annisa.

"Tak guna!" marah Annisa dengan nada tertahan.

"Semua Viera, Viera, Viera. Mati jelah perempuan tu." Dibuang bantal yang berdekatan dengannya kebawah. Melepaskan geram dengan apa yang baru sahaja dikatakan oleh Haider.

...

Tengku Faiza yang duduk di meja makan tersenyum gembira melihat kelibat Annisa yang sedang menuju kearahnya. Sejuk mata memandang wajah Annisa yang seperti bercahaya.

"Kenapa turun?" kata Tengku Faiza kearah menantu kesayangannya. Annisa hanya menggelengkan kepalanya dan jelas wajahnya kelihatan sangat sedih dan murung.

"Kenapa muka ni sedih sangat? Siapa buat Annisa macam ni?" berkerut dahi Tengku Faiza melihat wajah Annisa yang sedang menahan tangisan.

"Haider.." dan selepas itu pecah tangisan Annisa. Dia terus memeluk badan Tengku Faiza kerna tak tahan dengan kata-kata Haider.

"Apa Haider dah buat dengan Nisa? Dia pukul Nisa ke?" kedengaran nada Tengku Faiza sudah bertukar keras. Berani lah Haider nak sakitkan Annisa, memang dia yang turun tangan nanti.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now