Xaviera-66

78.5K 3.9K 1.3K
                                    

Lama Xaviera menanti kedatangan Haider namun lelaki itu tak kunjung masuk ke biliknya. Dia nak telefon tapi nampak memaksa pula tapi dia dah janji nak tidur sama-sama.

Xaviera menapak keluar memandangkan tekaknya terasa sangat haus dan kering. Sementara tu boleh lah jenguk-jenguk Haider mana tahu terserempak terus dia tarik bawa lari.

Sepi je bilik yang dihuni oleh Annisa dan Haider. Dalam fikirannya mesti Haider dah tertidur. Kesian juga dia dengan suaminya pasti dia penat menjaga Annisa seharian.

"Tak apalah." Ujar Xaviera memujuk hatinya. Kaki dibawa menuruni anak tangga dengan langkah yang lemah. Nasib sahaja ada pemegang tangga yang boleh dipegang untuk membantu dia menuruni tangga tersebut.

Kebetulan di ruang tamu kelihatan sedikit cahaya yang dipancarkan oleh television. Xaviera menjenguk siapa yang sedang menonton namun pandangannya kabur-kabur pula.

"Viera,"

"Ayyan, kenapa belum tidur?"

"Rileks lah. Masih awal nak tidur." Xaviera melihat jam di dinding, jelas jam itu menunjukkan pukul 12 tengah malam dan dia kata masih awal.

"Nak pergi mana?"

"Saya nak minum dulu."

Selesai Xaviera membasahkan tekaknya, dia menyertai Ayyan untuk menonton television. Nak naik pun dia dah tak mengantuk, jadi lebih baik dia nonton dulu. Lampu dibuka untuk menerangkan ruangan tersebut. Kang duduk gelap-gelap nanti ada orang fitnah pula.

Haider yang kebetulan baru sahaja menidurkan Annisa, perlahan-lahan keluar dari bilik tersebut untuk berjumpa kekasih hatinya.

Bilik Xaviera dituju namun setelah dia masuk ke bilik itu, figura Xaviera langsung tak menyapa di pandangannya.

"Mana Viera pergi?" soalnya dengan kerutan didahi.

Haider turun ke bawah untuk melihat sama ada isterinya masih di bilik Mak Yam atau sebaliknya. Mana tahu Viera lupa atau tak larat nak naik.

Tinggal beberapa sahaja lagi anak tangga untuk sampai ke tingkat bawah, kedengaran jelas bunyi ketawa seorang lelaki dan juga perempuan. Dia kenal pemilik ketawa tersebut.

"Kenapa tak tidur?" dingin sahaja Haider menegur Xaviera yang tersangatlah bahagia. Menyirap darahnya melihat kedua-dua makhluk itu yang saling berbalas ketawa.

"Saya turun minum tadi, lepas tu hilang mengantuk, saya nonton lah sekejap." Terang Xaviera dengan ketawa yang masih lagi tersisa.

"Joinlah,  masih awal ni." Ajak Ayyan dengan wajah selambanya.

Haider dah naik marah melihat kedua-duanya masih mampu tersenyum sedangkan dia sudah menahan api kecemburuan. Haider terus menarik tangan Xaviera dengan kasar dan dipaksa untuk naik semula ke bilik mereka.

Xaviera yang langsung tak bersedia sudah terkapai-kapai hendak mengejar langkah Haider yang tersangatlah laju.

"Haider, perlahan lah sikit." Ujar Xaviera namun dah namanya Haider kalau marah mana ada nak dengar apa-apa.

"Haider, sakit.." Haider tak menghiraukan rasa sakit yang dialami oleh Xaviera. Sakit dia je nak difikir, ni sakit dihati dia tak ada orang nak tahu.

Ditolak badan Xaviera masuk ke dalam bilik mereka. Xaviera tertunduk ke bawah apabila mata coklat itu tajam menikam kearahnya dan sesekali dia mengurut pergelangan tangannya.

"Nak sangat perhatian kan sampai kembar aku pun boleh!" Ujar Haider dengan sarkastik.

"Apa maksud awak ni?" Terdongak kepalanya membalas pandangan dengan Haider. Suaminya ni salah sangka!!

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now