LARAYNE XAVIERA

141K 6.4K 2.9K
                                    

Setelah  pemergiaan isterinya, Haider sampai sekarang masih menanti agar Xaviera masuk kedalam mimpinya. Siang malam dia meminta untuk dipertemukan semula walaupun hanya dalam mimpi.

"Ya Allah, aku mohon kepadaMu beri aku kesempatan untuk bertemu dengan isteriku. Sungguh aku ini terlalu rindu dengannya." Menitis air mata Haider meminta kepada sang Pencipta untuk menemukannya dengan Xaviera.

Ada benda yang dia nak sampaikan dengan isterinya. Salam perpisahan. Dia tak sempat nak berpisah dalam keadaan yang sudah redha. Dia cuma nak sampaikan yang dia cintakan Xaviera dunia dan akhirat dan dia nak peluk Xaviera untuk terakhir kalinya. Hanya itu yang dia mahu.

Sedang Haider meluahkan perasaannya, kedengaran pintu bilik dikuak dari luar. Kelihatan Haikal sedang menapak masuk bersama dengan sisa airmatanya.

"Papa." Panggil Haikal dengan suara yang habis menangis.

Tertoleh kepala Haider kebelakang apabila mendengar suara kecil tersebut.

"Kenapa tak tidur? Nightmare?" ditarik tangan Haikal duduk di pangkuannya. Ini mesti mimpi buruk.

Haikal hanya mendiamkan dirinya di dalam pelukan Haider. Dia pun tak tahu itu mimpi buruk atau apa.

"Tidurlah. Papa dodoikan Haikal." Arah Haider dengan tangan menepuk bahu anaknya dengan lembut.

Lama dia mendodoikan Haikal dan tanpa disedari air matanya jatuh mengena tangan anak kecil tersebut.

"Papa nangis ke?" soal Haikal dengan mata bulat memandang kearah mata coklat Haider.

Haider pun tak perasan yang dia sedang mengalirkan air matanya. Entahlah dia seperti mendodoikan Xaviera sama seperti malam terakhir sebelum isterinya meninggalkannya untuk selama-lamanya.

"There's no need to try to be tough. It's fine to cry, it's not a sign of weakness." Terkejut Haider mendengar apa yang baru sahaja dibicarakan oleh anak kecil tersebut.

"M-macam mana Haikal tahu ayat tu?"

"Tadi masa Haikal mimpi, ada satu kakak cantik cakap macam tu dengan Haikal." Balas Haikal dengan mata kuyunya. Tetiba pula mengantuk.

"Siapa kakak tu?" Haider masih mahu bertanya kepada Haikal namun anak itu terlebih dahulu sudah terlena.

Tahulah dia wanita yang Haikal jumpa adalah Xaviera. Hanya wanita itu yang mewujudkan kata-kata sedemikian.

"Untungnya Haikal dapat jumpa mama Viera." Ucap Haider dengan sebak. Dia cemburu anak kecil ini boleh berjumpa dengan isterinya.

Dengan perlahan-lahan Haider mengangkat badan Haikal naik ke katilnya. Dia mengambil tempat disisi Haikal lalu ditepuk badan anaknya dengan perlahan dan tanpa disedari dia juga sudah terlena.

...

Haider berjalan menyusuri tumbuhan-tumbuhan hijau berserta bunga yang berkembang harum disekelilingnya. Walaupun dia tak tahu dia berada dimana namun kakinya laju melangkah.

"Aku dekat mana ni?"

"Awak..." kedengaran suara seseorang sedang memanggilnya.

Dia kenal suara itu. Mata mula melilau mencari pemilik suara lunak tersebut.

"Haider," jelas bebola matanya melihat figura Xaviera yang sedang berdiri tak jauh darinya.

Haider terus berlari mendapatkan isterinya. Xaviera juga yang melihat larian Haider mendepakan tangannya, menunggu agar Haider masuk kedalam pelukannya.

"Viera." Haider terus memeluk erat badan wanita itu dan dicium bau Xaviera yang menjadi igauannya.

"Saya rindu awak." Ujar Xaviera disebalik pelukan hangat tersebut.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now