Xaviera-70

128K 4.7K 1.6K
                                    

Haider membawa masuk Xaviera dengan tergesa-gesa  dan apabila jururawat yang bertugas melihat keadaan wanita itu mereka terus meminta agar Haider membawa Xaviera masuk kedalam ruangan kecemasan.

Seketika Haider diminta untuk tunggu diluar sementara doktor memeriksa keadaan Xaviera. Akur dengan arahan pihak hospital, Haider menunggu isterinya diluar dengan jantung yang berdegup laju.

"Ya Allah! Viera bertahan sayang. Jangan tinggalkan aku."

Di ruangan kecemasan, masing-masing sudah sibuk untuk menyelamatkan Xaviera. Jururawat yang bertugas sibuk meletakkan wayar di dada Xaviera agar degupan jantung pesakit itu dapat dilihat melalui monitor.

Tiiitttttt!!

"Degupan jantung pesakit menurun." Teriak salah satu jururawat. Kebetulan Bella yang bertugas pada malam itu  terus menekan dada pesakitnya.

"Get the defibrillator!" teriak Bella dengan kuat apabila tiada sebarang peningkatan degupan jantung Xaviera.

Haider yang berada diluar sudah risau dengan keadaan yang kelam kabut di ruangan itu. Dalam hati dia berdoa agar isterinya masih diberi kesempatan untuk bernafas.

"Charged and clear!" ternaik sedikit badan Xaviera apabila terkena dengan renjatan tersebut.

Seperti tadi dengutan jantung Xaviera hanya menunjukkan garisan lurus. Sedaya upaya Bella cuba untuk menyelamatkan pesakitnya. Please Viera, bertahan!

"Charged and clear!" sekali lagi alat itu diletakkan didada Xaviera namun monitor jantung Xaviera hanya menunjukkan garisan lurus. Terkaku Bella mendengar bunyi mesin tersebut.

"Viera..."

Tiiiiiiiiiiiiiiittttttttttttttt...

Mereka semua yang berada di dalam ruangan itu juga tak mampu nak bereaksi seperti mana. Semuanya terkejut dengan apa yang sudah berlaku.

"Waktu kematian 9:00 malam."

...

Tengku Aryan dan sekeluarga berlari mendekati kearah Haider yang sedang berdiri menunggu berita tentang isterinya.

"Macam mana Haider?" tanya Tengku Aryan namun hanya gelengan lemah sahaja jawapan dari anaknya.

Dan keadaan kembali sunyi sepi sehinggalah mereka terdengar seseorang memanggil mereka.

"Keluarga Puan Xaviera." Bella menghampiri sekumpulan orang ramai yang sedang memandang kearahnya.

"Saya suaminya." Sahut Haider dengan detak jantung yang sudah laju berdegup.

Bella menarik nafasnya dan dikumpulkan segala kekuatan untuk menyampaikan berita duka ini.

"Maafkan kami. Kami dah buat semampu tapi Allah lebih sayangkan Puan Xaviera." Tertunduk lemah doktor Bella menyampaikan berita tersebut.

Dia turut bersedih kerna sebelum ini dialah doktor yang merawat penyakit Xaviera. Dialah juga yang sentiasa memberi semangat kepada Xaviera untuk terus membuat rawatan tapi hari ini dia sendiri isytiharkan pesakit kesayangannya sudah tiada. Sangat sulit untuk dia sampaikan berita itu.

Terdiam keluarga Tengku Aryan mendengar berita tersebut. Mereka tak percaya Xaviera yang mereka kenal dah tiada. Tak mungkin!!

"Maafkan saya..." kedengaran suara Bella yang sedang menahan tangisannya.

Haider yang tak terima kenyataan itu menerpa kearah doktor muda itu lalu kolarnya dicengkam dengan erat.

"Bertahun kau belajar untuk bergelar seorang doktor tapi untuk selamatkan isteri aku pun kau tak mampu, bagus kau buang kot ni lah bodoh! Kau masuk, kau bangunkan isteri aku." Arah Haider lalu dia menolak badan doktor tersebut dengan kuat sehingga terundur badan kecilnya kebelakang.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now