Xaviera-26

78.1K 4.1K 925
                                    

Cuti semester mereka berdua sudah nak sampai ke penghujung. Minggu depan adalah minggu baru mereka sebagai seorang mahasiswa dan kali ini mereka berada di semester terakhir.

Dia masih fikirkan di mana hala tujunya selepas dia menamatkan pengajian. Dia perlu rancang sekarang kerna dia takut apa-apa bakal terjadi dengannya.

Sebelum mereka masuk ke semester baru, Fathi dan yang lain ada rancang satu program. Kebanyakan yang ikut program itu adalah kawan-kawan mereka. Dia pun ada diundang juga tapi dia macam malas nak ikut.

Fathi yang sibuk menguruskan borang permohonan meneliti satu persatu nama peserta yang ikut programnya. Belek punya belek nama Annisa tak ada pula sedangkan Haider ada minta Annisa ikut program tersebut. Nak tak nak terpaksalah dia ajak perempuan tu.

"Haider, nama Annisa tak ada pun." Kata Fathi.

"Jadi?" soal Haider dengan kerutan dikeningnya.

"Lah, bukan kau suruh aku ajak dia ke? Aku dah bagi borang tu dengan Annisa tapi nama dia tak ada pula dekat sini." Fathi ikut pelik apabila Haider sepertinya tak ambil peduli dengan Annisa.

"Aku dengar dia nak ikut tapi abi dia tak izinkan. Annisa kan ada penyakit asma, takut kena serang dekat sana kot," Emyr mencela perbualan mereka berdua.

"Ohhh, baguslah kalau macam tu. Aku tak nak ambil risiko jaga orang sakit." Ujar Fathi. Haider hanya diam sahaja. Biarlah nak ikut atau tak nak dia tak kisah pun.

Sementara itu, Annisa yang berada di rumah masih memujuk abinya untuk mengizinkan dia mengikuti program ini. Encik Rizuan langsung tak berlembut dengannya.

"Abi, kali ni je. Inikan program terakhir Nisa, Nisa nak luangkan masa dengan kawan-kawan Nisa." Pujuknya dengan nada lembut.

"Nisa, bukan abi tak nak tapi Nisa tu ada asma. Macam mana kalau asma Nisa serang Nisa denat sana? Siapa nak bertanggungjawab?" ini je yang menjadi kerisauannya.

Annisa sudah pasrah dalam memujuk abinya. Bibir dipaksakan untuk memberikan satu senyuman kepada umi dan abinya.

"Tak apalah. Kalau macam tu Nisa pergi kelas dulu lah." Annisa menyalam tangan umi dan abinya sebelum dia berlalu menuju ke kampus.

"Abang, tak kesian ke dengan anak kita tu? Izinkan lah dia. Kali ni je. Saya yakin Annisa pandai jaga diri dekat sana nanti." Kesian juga Puan Ayu dengan anaknya yang tidak terlalu bebas memandangkan suaminya sangat menjaga apabila berkaitan dengan kesihatan Annisa.

"Penyakit Nisa tu teruk. Awak tahu juga kan macam mana kalau penyakit serang anak kita. Dahlah tempat tu jauh, saya risau."

"Kalau kita minta tolong dengan Haider untuk tengok-tengokkan Nisa rasanya tak ada masalah." Cadang Puan Ayu kepada suaminya.

Lama Encik Rizuan mendiamkan diri, memikirkan cadangan yang diberikan oleh isterinya. Kesian juga dia dengan Annisa yang teringin sangat mengikuti program tersebut.

"Awak ada nombor Haider?" tanya Encik Rizuan setelah dia memikirkan cadangan tersebut.

Puan Ayu terus mengambil telefon bimbitnya. Nombor Haider dicari lalu dia berikan kepada suaminya.

Dia yakin Haider pergi program tersebut dan hanya lelaki itu sahaja harapan mereka untuk jaga Annisa.

...

Masuk sahaja dia kedalam rumah, badannya terus direbahkan diatas sofa. Penat betul dia seharian ni. Matanya menjadi berat dan dia terasa nak tidur sekejap, buang penatnya.

Baru sahaja dia nak terlelap, kedengaran pula suara seseorang yang sedang berbicara membuatkan dia tak jadi nak lelapkan mata.

"Waalaikumsalam abi, kenapa telefon?" suara itu adalah suara Haider dan sepertinya dia sedang berbual dengan abi Annisa.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now