Xaviera-07

79.9K 4.2K 955
                                    


Sepanjang Xaviera berjalan, air matanya tak henti keluar kerna rasa sakit terutamanya di bahagian belakangnya tempat dia dilibas semalam. Ikutkan hati dia tak nak hadir hari ini tapi berdasarkan kiraannya dah berapa hari dia ponteng kelas untuk subjek ini tanpa ada sebarang surat sakit atau alasan yang kukuh.

Nak tak nak dia terpaksa hadirkan diri dengan keadaan yang tak baik. Hari ini dia juga sengaja tak ikat rambutnya, dibiarkan terhurai sahaja untuk menutupi kesan-kesan yang dipukul semalam. Paling terut di pipi dan tepi bibirnya, harap sangat tak ada yang perasan.

Emyr yang kebetulan melihat Xaviera sudah tak sedap hati. Wajah itu pucat, lemah dan terbias kesakitan di wajah pucat tersebut.

Haider yang sedang duduk bergembira berbual dengan rakan mereka yang lain membuatkan Emyr naik angin dengan sendiri. Bini dah nak mati dia boleh ketawa terbahak-bahak dekat situ.

"Haider," panggil Emyr namun tak ada sahutan. Suaranya tenggelam dengan suara mereka yang lain.

"Haider!" kali ini suaranya kuat dan mendapat perhatian dari mereka semua.

"Apa?"

"Aku nak cakap sikit dengan kau," begnya diambil dengan kasar kemudian dia beredar dari situ. Haider hanya mengekori sahaja langkah Emyr. Nak dibawa kemana pun dia tak tahu.

Jauh sahaja dari pelajar lain, Emyr menghentikan langkahnya.

"Apa kau dah buat dengan Viera? Kenapa dia lemah semacam je?" soal Emyr terus terang.

Haider hanya berdiri tenang dengan tangan dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

"Kau nak kisah sangat kenapa? Biarlah dia nak lemah ke, nak mati sekali pun siapa kisah." Balasnya dengan selamba.

Emyr menggenggam erat tangannya. Dia dah tahu ini semua punca dari Haider. Jawapan itu sudah cukup memberitahu bahawa dialah punca Xaviera jadi lemah macam itu.

"Kau memang suami tak guna lah!" Emyr melayangkan penumbuk tepat mengena tulang pipi Haider.

"Dia tu perempuan, isteri kau lagi. Itu bukan lawan kau Haider. Dia perempuan, tenaga dia tak sama dengan lelaki."

Haider menolak dinding pipinya menghilangkan sakit yang ditinggalkan Emyr.

"Kau suka ke dengan pelacur tu sampai kau sanggup bela dia macam ni?" sinis sahaja soalan itu kedengaran.

Emyr diam tak membalas. Dia tak suka dengan Viera kerna dia anggap Viera seperti adik perempuannya dan dia tak sanggup nak lihat wanita itu disakiti.

"Kau suka dia ke Emyr? Kalau kau suka aku boleh je  bagi dia dekat kau, itupun kalau kau tak malu nak ambil bekas aku lah." Kata Haider dengan nada mengejek.

Emyr juga tersenyum sinis.

"Lepaskan je lah. Bukan setakat aku je yang akan rebut Viera malahan lelaki-lelaki lain pun ikut serta nak ambil Viera dari kau. Kau tak tahu ke Viera tu jadi rebutan pelajar lelaki dekat sini tapi yang dapat dia lelaki bodoh pula. Dahlah bodoh dayus lagi."

Buk!!

Haider terus menyerang Emyr. Panas hatinya mendengar butir bicara yang keluar dari mulut Emyr. Viera memang pelacur!

Emyr tergelak melihat perlakuan Haider.

"Kau cemburu ke? Ke takut kehilangan Viera?" semakin suka dia nak mengusik Haider.

Haider menarik leher baju Emyr dengan kasar sehingga badan itu ikut tertarik dekat kearah Haider. Seketika mata mereka saling bertembung.

"Ingat Haider, bukan setakat aku yang boleh rampas Viera dari kau tapi banyak." Haider mengetap giginya sehingga kedengaran bunyi geseran antara giginya. Sikit lagi satu penumbuk nak hinggap di pipi Emyr namun ada satu suara yang menghentikan.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now