Xaviera-54

67.6K 3.7K 719
                                    

Setelah bersiap, Haider turun ke bawah untuk menyertai keluarganya bersarapan. Hari ni dia terpaksa terbang ke Sabah atas urusan kerja. Awalnya Tengku Aryan yang sepatutnya kesana tapi disebabkan Tengku Faiza risau kesihatan suaminya maka Haider lah yang menggantikan tempat Tengku Aryan.

Dari bawah, Annisa dapat melihat kaki panjang Haider sedang menuruni anak tangga. Tak sabarnya nak honeymoon dengan Haider.

"Awak, sini kita sarapan dulu." Ajak Annisa bersama dengan senyuman manis. Haider hanya memandang sekilas ke arah wajah tersebut sebelum dia mengambil tempat duduk disebelah Tengku Aryan.

"Nisa cantik-cantik ni nak pergi mana?" hairan Tengku Aryan melihat penampilan Annisa dan yang menambahkan kepelikan dia melihat luggage pink di luar ruang makan.

"Lupa mummy nak bagitahu Haider yang Annisa pun ikut pergi Sabah. Boleh sekali honeymoon." Jawab Tengku Faiza bagi pihak Annisa.

Tersedak Haider mendengar bahawa Annisa turut ikut serta. Mummy tak bagi tahu dia pun.

"Apa mummy ni? Suka buat sesuatu tanpa bincang dengan Haider." Ujar Haider dengan nada tertahan. Dia sedaya upaya tak tinggikan suara dengan Tengku Faiza.

"Kalau mummy bagitahu Haider, mesti Haider tak nak bawa Nisa kan? Jadi bagus mummy buat senyap-senyap. Lagipun apalah salahnya bawa Nisa jalan-jalan."

Haider yang tak tahan dengan sikap Tengku Faiza berdiri dari duduknya dan tangan erat digenggam menahan rasa amarahnya. Nasib ada daddy, kalau tak ada tak tahu apa nak jadi dengan Tengku Faiza dan Annisa. Haider terus berlalu menuju ke keretanya, malas hendak berlama-lama di ruangan tersebut.

"Jom Nisa!" Tengku Faiza yang melihat pemergiaan Haider terus menarik tangan Annisa mengejar langkah anak lelakinya. Dia tak nak tahu yang penting mereka berdua ada masa bersama. Mana tahu Haider jatuh cinta sekali lagi dengan Annisa.

...

Sudah seminggu, dia pergi dari kehidupan Haider. Bukan dia pergi mencari ketenangan malahan dia membuatkan tahap kesihatannya semakin merosot.

Sudah beberapa hari ini badannya panas dan menggigil kuat. Bukan itu sahaja badan  terasa sangat lemah dan dia tidak berdaya untuk berjalan seperti dulu. Dan akhirnya setelah beberapa hari bertahan, hari ini dia tumpas dan nekad untuk pergi ke hospital.

Dalam hati Xaviera sudah berdebar-debar untuk berjumpa dengan doktor. Bagaimana kalau dia disahkan mengandung? Adakah Haider akan terima dan bagaimana nasib anaknya nanti?

Setelah lama menunggu namanya dipanggil, kini tiba masa giliran Xaviera. Kaki dibawa masuk kedalam bilik yang ditunjukkan oleh jururawat bertugas.

"Ada apa yang saya boleh tolong?" soal Doktor Bella dengan senyuman manisnya. Dan Xaviera pun menceritakan dengan hal yang dia alami selama beberapa bulan ini.

Nak dekat dua jam dia berada di bilik tersebut, Xaviera melangkah keluar dari bilik Doktor Bella dengan pandangan kosong. Sangat kosong seperti kehidupannya.

Air mata yang ditahan dari tadi satu persatu jatuh ke pipinya. Tak tahu bagaimana perasaannya ketika ini. Sangat sukar untuk dikatakan. Dia tidak mahu mengeluh kerana dia yakin setiap apa yang dilalui oleh seseorang itu pasti ada hikmahnya.

"Kau kuat Viera." Air mata yang membasahi pipinya diseka lalu kaki dibawa keluar dari tempat tersebut.

Terhenti langkah Xaviera seketika apabila dia mendengar laungan azan. Hiba hatinya mendengar suara yang sangat mendayu. Sebelum pulang Xaviera mengambil keputusan untuk singgah terlebih dahulu di masjid yang tidak jauh dari tempat dia sedang berada.

Sepanjang dia solat, Xaviera terasa sangat tenang. Hilang semua masalah yang membebani fikirannya tadi.

Selesai solat, Xaviera tidak terus keluar dari masjid tersebut melainkan dia hanya duduk termenung. Masih terngiang-ngiang penerangan doktor Bella tadi. Dia tidak tahu harus gembira atau sebaliknya? Bukan ini ke dia mahu?

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now