Xaviera-52

69.3K 3.6K 492
                                    

Seusai Xaviera sembahyang subuh, Xaviera membawa diri menuju ke luar berjalan-jalan disekitar resort tersebut. Tenang sahaja dia rasa apabila angin sepoi-sepoi menampar halus pipinya.

Langkah dibuka lagi dan kali ini sengaja Xaviera mengorak langkah yang kecil untuk dia lebih menikmati pemandangan yang jarang sekali dia rasai.

Sedang Xaviera menimati perjalanannya, kedengaran suara kecil seseorang yang sedang mengadu kesakitan. Tertunduk Xaviera kearah suara tersebut dan apabila matanya melihat seorang kanak-kanak terjatuh dia terus bergegas kearah budak tersebut.

"Adik tak apa-apa ke?" soal Xaviera dengan badannya direndahkan separas dengan kanak-kanak tersebut.

"Tak kak. Jatuh sikit je ni." Balas kanak-kanak lelaki tersebut bersama dengan senyuman manisnya.

"Kuatnya dia." Puji Xaviera dengan tangan mengusap rambut budak tersebut.

Budak lelaki itu sudah tersipu malu apabila dipuji oleh kakak cantik yang sedang tersenyum kearahnya. Mesti tunjuk macho depan awek cantik!

Xaviera juga tersenyum melihat wajah kemerahan kanak-kanak tersebut. Dicubit pipi tembamnya dengan kuat. Kenapa comel sangat ni?

"Fizi!" kedengaran suara sayup-sayup seorang wanita memanggil budak tersebut.

"Fizi langgar kah kakak ni? Kan sudah dilarang tadi, jangan berlari." Marah wanita tersebut. Kedengaran nadanya marah tapi Viera tahu wanita itu tiada niat yang lebih selain menengur anaknya.

"Akak, tak lah. Anak akak tak langgar saya pun." Ujar Xaviera. Kesian pula dia lihat wajah kanak-kanak itu yang seperti menahan tangisannya.

"Akak minta maaf ya dik." Ditundukkan sedikit badannya meminta maaf kearah Xaviera.

"Eh! Akak, anak akak tak salah pun." Segan pula Xaviera dengan perlakuan wanita itu.

"Adik tak sejuk ke? Nanti badan masuk angin kalau lama-lama dekat luar." Tegur wanita itu dengan  risau. Sudahlah Xaviera hanya mengenakan baju long sleeve tanpa ada cardigan, nanti boleh masuk angin.

"Jomlah, kita masuk cafe sana. Sebagai tanda minta maaf akak, akak belanja adik makan." Ajak wanita itu dengan ramah.

Xaviera tanpa membantah terus menganggukkan kepalanya memandangkan badannya ketika ini juga sudah kedinginan.

"Makanlah.." Puan Rahmah mengajak Xaviera untuk menjamah makanan tersebut.

Sebenarnya Xaviera tiada selera nak makan tapi macam tak sopan pula dia kalau menolak ajakan tersebut.

"Akak bercuti ke dekat sini?" soalXaviera apabila keadaan mereka sunyi sepi.

"Iya. Bawa anak-anak keluar rumah. Kesian pula tengok kalau terkurung di rumah seja."Balas Puan Rahmah dengan senyuman namun senyuman itu bukanlah satu senyuman gembira melainkan senyuman yang sedang menyembunyikan sesuatu.

"Suami akak mana?" tak tahu kenapa soalan itu keluar daripada mulut Xaviera. Dari tadi dia hanya melihat akak itu bersama dengan tiga orang anaknya tanpa ditemani suami.

Terhenti seketika pergerakan tangan Puan Rahmah mendengar soalan Xaviera.

"Suami saya dah tak ada." Xaviera yang mendengar jawapan itu sudah menggigit bibirnya. Patutlah wajah Puan Rahmah mendung sahaja.

"Akak saya minta maaf. Saya tak niat pun nak buat akak sedih." Xaviera mencapai tangan Puan Rahmah lalu digenggam dengan erat.

"Tak apa Viera. Saya faham." Puan Rahmah menghapus air matanya lalu satu senyuman dilemparkan kearah Xaviera.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now