Xaviera-30

86.9K 4.8K 1.5K
                                    

Hampir diseluruh tempat Haider mencari keberadaan Xaviera namun dia langsung tak jumpa isterinya. Dia ada bertanya kepada Fathi sama ada dia melihat Xaviera keluar dari kawasan perkhemahan mereka namun Fathi kata tiada pelajar yang dilaporkan keluar jadi bererti Xaviera masih berada di kawasan ini.

"Mana dia ni?" Haider sudah berang apabila belum dapat mencari kelibat Xaviera.

"Kenapalah kau lahir Viera kalau satu pun tak ada yang sayang kau," keluhnya.

Haider yang kebetulan berada dekat dengannya mendengar keluhan  Xaviera. Rupanya isterinya sedang termenung di belakang penginapan mereka.

"Jangan mengeluh!" tertoleh kepalanya apabila dia mendengar suara garau seseorang. Xaviera terus membuang muka apabila pandangannya bertembung dengan pandangan Haider.

Haider duduk disebelah isterinya, rapat sehingga tak ada ruang yang tersisa. Lama mereka berdua mendiamkan diri sehinggalah Xaviera sendiri yang pecahkan kesunyian tersebut.

"Haider.." Haider memandang wajah pucat isterinya. Baru dia perasan ada perubahan dalam wajah itu.

"Saya tahu yang saya ni membebankan awak. Saya tahu saya ni dah rosakkan kebahagiaan awak. Tapi satu je saya nak, saya nak rasa dibahagiakan oleh suami saya," katanya dan dengan beraninya dia meletakkan kepalanya dibahu Haider. Jujur, kepalanya terasa berat sangat.

"Tak kisah lah kalau awak tak cintakan saya tapi saya nak rasa macam mana disayangi. Saya dah lupa macam mana rasanya dibelai oleh mama papa saya."
Ada ketawa kecil dihujung bicaranya.

"Saya cemburu tengok saudara tiri saya disayang. Mama papa saya belai diorang depan saya sedangkan saya, diorang langsung tak kisah."

Haider hanya mendengar luahan hati Xaviera. Satu yang dia dapat tahu tentang Xaviera, jika wanita itu demam pasti dia akan bercerita tentang keluarganya.

"Kalau awak nak tahu, saya dah lama putus asa dengan hidup saya sampailah saya kenal awak, saya terasa nak terus hidup. Saya jatuh cinta dengan awak sejak pertama kali kita jumpa dan saya kuatkan diri untuk terus hidup demi awak. Saya jatuh cinta dengan cara percakapan awak, cara awak jaga pandangan, semua tentang awak saya jatuh cinta."

"Sebab tu, saya nak terus hidup. Saya nak bahagia dengan awak. Saya nak dapat kasih sayang dari seorang suami." Panjang lebar Xaviera meluahkan perasaannya. Tenang saat ini hatinya dapat luahkan apa yang terpendam.

"Sekarang kau masih cuba untuk bunuh diri ke Viera?" soal Haider setelah lama mendiamkan diri.

Xaviera menggelengkan kepalanya dengan lemah. Dia berbalas pandang dengan pandangan redup Haider.

"Sebelum saya mati saya nak bahagia dengan awak." Balasnya bersama dengan senyuman manis.

Haider sudah tidak sedap hati apabila wanita itu berkata tentang kematian.

"Kau demam ni Viera. Sini aku hantar kau berehat dekat bilik." Haider cuba untuk melarikan topik mereka.

Xaviera mengeluh lemah. Dia ikut berdiri tapi baru sahaja dia nak berdiri tegak, pandangannya sudah berubah hitam.

"Viera.." nasib Haider cepat melihat keadaan isterinya. Dia pantas memeluk bahu Xaviera menghalang badan itu daripada terus tumbang.

"Kau okey tak ni?"

Xaviera menggelengkan kepalanya. Kepalanya berat sangat. Haider terus sahaja mengangkat badan isterinya untuk masuk ke biliknya.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now