Xaviera-25

79.9K 4.3K 287
                                    

Usai Xaviera menari bersama Mak Yam di dapur, dia membantu Mak Yam untuk menghidangkan sarapan pagi. Kelihatan Ayyan dan Haider sedang berbual dimeja makan namun Haider tak fokus dengan adiknya melainkan dia hanya memandang sahaja Xaviera yang sibuk meletakkan bekas makanan di meja makan.

"Ayyan, Tengku mana?" soal Mak Yam.

"Sekejap lagi turun lah tu." Jawab Ayyan bersama dengan senyuman.

"Iyalah. Korang tunggu mummy daddy baru makan." Pesan Mak Yam dan disambut anggukan dari mereka berdua.

"Viera, jom kita makan dekat belakang."Ajak Mak Yam kepada Xaviera. Xaviera mengangukkan kepalanya dan dirangkul lengan Mak Yam.

Haider yang melihat pemergiaan Xaviera terus menarik tangan wanita itu sehingga badan Xaviera terdorong kearah Haider.

"Kau nak pergi mana?" soal Haider dengan datar.

"Nak makan dekat belakang lah." Balas Xaviera dengan pelik.

"Kenapa nak makan dekat belakang. Makan dekat sinilah." Ditarik badan Xaviera dengan kuat memaksa Xaviera untuk duduk disebelahnya.

Mak Yam dan Ayyan saling berbalas senyum. Mereka tahu Haider ni ego.

"Viera makan dekat sinilah ya. Mak Yam pergi belakang dulu."

"Mak Yam jangan tinggal Viera..." terasa nak menangis dia apabila dipaksa makan bersama Haider.

"Jangan nak mengada Viera.." datar sahaja suaranya menegur Xaviera. Xaviera menaikkan bibirnya dengan perangai pelik yang ditunjukkan Haider. Nak buat-buat peduli lah tu.

"Apa?" Haider tahu isterinya tu sedang mengutuk dia didalam hati. Muka Xaviera menjelaskan semuanya.

"Nak tunjuk peduli, konon. Awak lupa ke, awak tu jijik nak duduk semeja dengan saya. Saya ni kan kotor dan..." Xaviera dekatkan bibirnya ke telinga Haider.

"Awak sudi ke makan dengan pelacur?" bisik Xaviera.

Haider membalas pandangan sinis Xaviera.

"Aku tak nak bergaduh depan rezeki, jangan nak cari pasal dengan aku," Haider menolak dahi Xaviera menjauhkan jarak mereka berdua.

"Dasar lelaki tak guna!" selamba sahaja dia berkata sedemikian. Ayyan yang mendengar cukup tercengang dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Xaviera.

"Siapa yang tak guna?" Tengku Faiza mencelah perbualan mereka bertiga.

Xaviera terus mengemam bibirnya apabila soalan itu dilontarkan oleh Tengku Faiza. Aduh, mak mertuanya tahu ke siapa yang dimaksudkan.

"Mummy lambat lah, Ayyan dah lapar." Sengaja Ayyan buat suara manja nak larikan topik mereka sekali gus selamatkan Xaviera.

"Anak mummy lapar ke?" Ayyan menganggukkan kepalanya.

"Jom makan!" ajak Tengku Faiza dengan senyuman lebar.

Xaviera sempat memberi senyuman tipis kepada Ayyan. Nasib lah Ayyan ni cepat bertindak tak macam suaminya yang bengap.

Dia menoleh kearah Haider dan bila mata mereka bertembung, Xaviera memberikan jelingan tajam kepada suaminya.

...

Lepas mereka sarapan, seperti biasa Xaviera akan duduk bersama Mak Yam. Tiada tempat yang lebih nyaman selain di bilik Mak Yam.

Xaviera kelihatan sepertinya tak sihat. Mata itu layu sahaja dan sesekali dia ada dengar batuk kecil yang keluar dari mulut Xaviera.

"Viera tak sihat ke?" risau Mak Yam melihat keadaan Xaviera.

Xaviera menggelengkan kepalanya kemudian bibir pucatnya membentuk senyuman.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now