Xaviera-67

82.7K 4K 1.9K
                                    

Tiga bulan kemudian...

Hari demi hari kian berlalu. Kandungan Annisa juga sudah masuk tiga bulan namun bukan itu yang menjadi persoalan untuk Xaviera. Dia tak puas hati dengan Haider yang selama tiga bulan ni, lelaki itu langsung tak pernah menjenguknya. Kalau di telefon minta balik ke sini, Haider memberi alasan dia tak boleh tinggalkan Annisa sendirian.

Ingat aku ni apa? Tunggul? Kalau Annisa tak boleh ditinggalkan sendirian jadi dia ni apa? Boleh lah ditinggalkan sebab tak ada benih dalam perut dia.

Haider banyak kali janji dengan dia, jika hujung minggu tiba Haider akan bawa dia jalan-jalan namun itu semua hanya janji.

Setiap kali dia sudah bersiap dan menunggu Haider ambil dia, pasti lelaki itu akan membatalkan dengan alasan Annnisa sakit perut. Annisa sakit ini. Annisa sakit itu. Semua Annisa.

Rasanya baru semalam dia bergelak ketawa dengan suaminya tapi kenapa hari ni dia kembali sunyi. Dia memang tak boleh bahagia ke?

Malas nak fikir perihal Haider, dia mula mengorak langkah hendak keluar. Dia mahu menuju ke hospital. Itulah rutin hariannya, selama tiga bulan ini dia akan ulang alik pergi ke hospital. Ada urusannya di sana.

Baru sahaja dia nak keluar, kedengaran pintu rumah dikuak dari luar. Kelihatan Haider sedang menapak masuk dengan tangan mengurut batang lehernya.

"Baru ingat nak balik rumah?" ujar Xaviera dengan nada yang cukup tenang tapi Haider tahu dia sedang disindir. Terdongak terus kepala Haider memandang kearah isterinya.

"Viera, aku minta maaf. Aku bukan lupakan kau tapi keadaan Annisa sangat tak baik." Balas Haider dengan lemah. Selama tiga bulan ni dia tak dapat rehat yang secukupnya. Annisa baru sahaja habis fasa alahan dan dia lah yang perlu menjaga siang malam.

"Annisa je lah dalam keadaan tak baik. Awak pernah tak terfikir tentang saya? Awak tanya khabar pun cuma sekali dalam seminggu. Suami jenis apa awak ni?" dia masih lagi menahan suaranya agar tak kedengaran kurang ajar.

"Aku betul-betul minta maaf Viera. Aku tahu aku tak pedulikan kau tapi aku mohon sangat dengan kau faham dulu keadaan aku. Aku janji lepas je Annisa dah baik, aku luangkan masa dengan kau." Nampak sangat yang Haider penat tapi dia pun penat juga menghadap perangai Haider.

"Dah berapa kali awak janji dengan saya Haider sampai saya rasa janji awak tu cuma kata-kata kosong yang tak ada makna."

"Viera please. Aku mohon sangat kau faham aku, kau faham Annisa. Itu je aku mohon."

Tergelak hambar Xaviera apabila dia diminta faham keadaan mereka berdua.

"Tak cukup ke saya faham keadaan awak berdua?Selama tiga bulan ni saya tak pernah paksa awak untuk balik sini walaupun dalam hati saya teringin sangat teriak untuk awak balik ke sini. Masih tak cukup ke dengan apa yang saya dah lakukan?" katanya dengan kecewa.

Memang dia jelah nak faham keadaan orang tapi orang lain ada faham keadaan dia. Tak ada!!

"Okey, kau nak apa sekarang?" malas nak bertekak dengan isterinya, Haider menyerah.

"Kenapa saya perlu bagitahu awak apa yang saya nak sekarang?" disilangkan tangannya didada lalu mata merenung kosong kearah Haider.

"Viera, aku tak ada masa nak fikir apa yang kau nak sekarang. Kepala aku ni dah cukup penuh dengan beban kerja dekat pejabat dengan keadaan Annisa lagi dan aku mohon dengan kau Viera, jangan tambah beban dalam fikiran aku untuk fikir apa yang kau nak."  Diraup rambutnya dengan kasar. Dia dah cukup penat, Xaviera lagi buang tebiat.

Tergelak kecil Xaviera dengan apa yang baru sahaja dia dengar. Beban?

"Saya beban awak? Okey sorry sebab saya jadi beban awak. Awak nak tahu apa yang saya nak?"

 HAIDER LUTHFAN Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin