Xaviera-68

91K 4K 556
                                    

Tiga hari selepas kejadian gambar tersebut, seperti biasa Haider langsung tak datang meminta maaf darinya dan selama itu jugalah tiada seorang pun yang bertanya khabar mengenai dirinya. Semua dah tak sayang dia.

Xaviera mengambil telefon di meja soleknya lalu nombor papanya didail. Ada hal yang perlu dia sampaikan kepada kedua orang tuanya.

"Assalamualaikum papa..."

"Papa jangan end call tau. Viera cakap sekejap je ni.." dia pun mula berceloteh dengan papanya. Tak tahu kenapa papanya melayan semua apa yang disampaikan. Gembira hatinya dapat mendengar suara insan yang paling dia rindu.

Setelah bercerita dengan papanya, tangan runcing itu ligat mencari nama mamanya pula.

"Assalamualaikum mama....."

Ya Allah, lain sangat perasaannya ketika ini.

Menangis Xaviera apabila dia diberi peluang untuk berbual dengan mama dan papanya. Kata mereka berdua, esok malam mereka akan terbang ke sini. Katanya nak jumpa dengan dia dan alangkah gembiranya Xaviera apabila mendapat tahu mama papanya nak jumpa dia.

Sebelum dia meluangkan masa bersama dengan mama papanya, dia nak jumpa Haider terlebih dahulu. Dia dah telefon tapi tak diangkat.

"Tak apalah. Aku pergi sana je sendiri, boleh jumpa Mak Yam sekali."

Xaviera bergegas menyiapkan dirinya dan tak dilupa jubah putih dan tudung yang diberikan oleh Puan Rahma juga dia bawah masuk ke dalam beg tangannya. Terasa nak pakai malam ni pula.

...

Dia sampai di rumah dengan menaiki teksi sahaja. Dia tak nak minta ambil dengan Haider, takut dia menyusahkan.

"Assalamualaikum." Salam diberi dari luar rumah.

Mak Yam yang mendengar salam tersebut terus menuju ke depan pintu mengalu-alukan kedatangan tetamunya.

"Ya Allah! Anak Mak Yam, dah lama tak jumpa." Dicium pipi Xaviera dengan penuh kasih sayang.

"Viera rindu." Menitis air matanya apabila sekian lama dia tak berjumpa dengan Mak Yam. Rindu sangat dia dengan wanita berumur ini yang sudah menjaganya dengan baik.

"Jom masuk sayang." Mak Yam menarik tangan Xaviera lalu mereka beriringan masuk menuju ke dapur.

"Mak Yam, Annisa mana?" sunyi pula rumah ni. Selalunya ada je Tengku Faiza dengan Annisa tapi hari ni bayangan dua orang itu langsung tak menyapa di pandangannya.

"Ada tu dekat belakang. Tengok bunga." Jawab Mak Yam dengan tangan menunjuk ke arah pintu belakang. Xaviera memanjangkan lehernya melihat kearah dimana Mak Yam sedang tunjuk. Kelihatan disitu Annisa sedang berdiri menghadap bunga-bunga Tengku Faiza.

"Viera nak jumpa Nisa dulu lah." Ujar Xaviera bersama dengan senyuman. Mak Yam hanya mengangukkan dan matanya setia memandang langkah Xaviera.

"Assalamualaikum Nisa." Kekok pula nak bercakap dengan Annisa. Dah lama rasanya mereka tak berbual seperti dulu.

Terkejut dia dengan sapaan madunya. Dah kenapa tetiba bagi salam? Tapi sebagai umat islam dia sahut juga salam tersebut.

"Waalaikumsalam." Jawab Annisa dengan acuh tak acuh. Sengaja dia menyibukkan diri agar dia tak bertembung mata dengan Xaviera.

"Lama tak jumpa kau. Kau sihat?" Xaviera membuang jauh perasaan kekok itu dan dia nak wujudkan perbualan yang seperti dulu. Penuh dengan gelak ketawa.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now