Xaviera-27

75.5K 4.3K 766
                                    

Hari ini keadaan mereka tegang sahaja. Setahu Haider, mereka baik-baik sahaja untuk beberapa hari yang lalu tapi entah kenapa hari ini Xaviera berubah. Ada yang lain dengan cara isterinya.

"Kau ikut kan program Fathi tu?" sengaja lah dia nak tanya walaupun dia dah tahu. Tak ada benda nak dibualkan.

"Hmmm," balasnya dengan bersahaja. Dia tak puas hati dengan Haider. Kenapa Haider layan dia baik dan dalam masa yang sama Haider juga layan Annisa dengan baik.

Beberapa hari yang lalu dia ada nampak Haider dan Annisa yang sedang berbual dan kelihatan sangat mesra. Dia cemburu!!

Haider menggaru keningnya. Dia salah dimana pun dia tak tahu.

"Kau ada kelas, kan? Kita pergi sekali lah sebab aku pun nak turun awal ni, ada urusan." Ajaknya.

Xaviera menganggukkan kepalanya. Haider dah ajak takkan dia nak tolak. Rezeki jangan ditolak.

Sepanjang perjalanan menuju ke kampus, langsung tak ada suara yang keluar. Mereka berdua hanya diam sahaja.

"Awak turunkan saya dekat sini je lah, nanti kawan-kawan awak nampak pula." Katanya. Tak apalah jalan kaki yang penting tak ada yang nampak keadaan mereka berdua.

Haider hanya menurut kata-kata Xaviera. Sudah orang permudahkan urusannya dia sendiri yang pilih untuk susahkan diri.

"Terima kasih." Ucap Xaviera dan kedengaran seperti tak ikhlas sahaja.

Xaviera berjalan dibawah sinaran matahari yang terik. Dari jauh dia sepertinya kenal dengan dua lelaki yang berada dihadapannya.

"Fathi! Emyr!" teriaknya dengan kuat.

Fathi dan Emyr tak dengar kerna mereka sibuk bermain mata dengan pelajar perempuan yang lalu lalang.

"Dasar lelaki!" geram sahaja dia dengan perangai gatal mereka berdua. Kakinya laju melangkah nak kejar mereka berdua.

"Dah! Dah! Tak payah nak mengedik dekat sini. Emyr ni dah ada girlfriend, tak payah nak menggatal." Ujar Xaviera membuatkan pelajar-pelajar perempuan berdecit geram. Mereka terus pergi meninggalkan Emyr dan Fathi.

"Sibuk je lah dia ni." Telinga Xaviera sempat menangkap apa yang dikatakan oleh mereka tapi da balas dengan jelingan sahaja. Malaslah nak panjangkan hal ni.

"Apa ni Viera? Aku baru nak cari jodoh," ujar Fathi tak puas hati.

"Tak payah nak gatal. Korang berdua ni bukannya nak serius bercinta. Bagi harapan tinggi dengan perempuan tapi at the end ditinggalkan. Nanti kami lah yang merana sendiri," balas Xaviera dengan sepenuh hati. Dia mewakili para wanita yang disakiti oleh lelaki.

Emyr dan Fathi hanya membalas dengan sengihan sahaja. Betul lah kata Viera, mereka berdua ni belum serius lagi nak jalinkan hubungan.

"Kau nak apa? Haider mana?" Emyr mengubah topik perbualan mereka. Nanti boleh sakit telinga mereka dengar bebelan Xaviera.

"Jumpa Annisalah tu." Wajahnya terus berubah serta merta. Baru pula dia ingat urusan yang dimaksudkan Haider itu mungkin Annisa.

"Hmmm, jadi yang kau cari kami ni kenapa?" soal Fathi dengan pelik.

"Ada benda aku nak bincang dengan kau. Kita lepak cafe, jom!" ajak Xaviera. Mereka berdua menganggukkan kepala dan mereka beriringan masuk ke dalam cafe yang tak jauh dari tempat mereka.

"Nak cakap apa?" selepas mereka pesan makanan, Fathi mula bertanya.

Xaviera menyandarkan badannya dengan selesa. "Boleh tak kalau aku tarik diri dari ikut program kau."

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now