Xaviera-48

71.4K 3.8K 1.5K
                                    

Haider mengejar langkah Xaviera namun isterinya lebih pantas memboloskan diri ke dalam rumah. Tombol pintu cuba dibuka tapi apakan daya Xaviera sudah menguncinya dari dalam.

"Viera, buka pintu ni sayang. Kita boleh bincang baik-baik kan." Pujuk Haider dengan tangannya kuat mengetuk pintu tersebut. Dia tahu isterinya belum naik atas dan dia yakin Xaviera ada disebalik pintu tersebut.

"Viera, bukalah. Aku sayangkan kau." Kata Haider lagi dan suara itu kedengaran sangat lemah.

Xaviera yang berada didalam sudah terduduk mendengar panggilan dari Haider. Dia sudah tidak kuat dengan semuanya.

Dulu dia masih boleh bertahan.

Dulu dia masih boleh pertahankan cintanya untuk Haider.

Dia sanggup dipukul dan dimaki hanya untuk mendapatkan cinta dari lelaki itu.

Namun...

Semuanya berubah. Haider sendiri yang menjadikan dia begini. Haider sendiri yang buatkan dia sudah tidak mahu pertahankan cintanya.

"Viera, buka pintu ni sayang. Aku rindukan kau." Haider juga sudah terduduk bersandar dibelakang pintu dengan tangannya sesekali mengetuk pintu. Dia sangat rindukan dengan isterinya dan tak sangka ini yang dia dapat setelah beberapa hari mereka berpisah.

"Viera, aku cintakan kau seorang." Lemah sahaja kedengaran suara itu. Walaupun tiada balasan dari Xaviera, dia tahu Xaviera dengar dengan setiap rintihan dan luahannya.

"Viera..." Xaviera yang mendengar namanya dipanggil berkali-kali menggelengkan kepalanya. Kali ini dia tidak akan terpujuk dengan rayuan Haider. Cukuplah dia maafkan Haider dan cukup dia biarkan Haider sakitkan hatinya.

"Viera.." sekali lagi Haider memanggil nama tersebut. Xaviera menekup mulutnya dengan kedua-dua tangannya mengelakkan daripada tangisannya kedengaran. Dia tidak mahu nampak lemah di mata Haider. Dia mahu tunjukkan bahawa dia masih boleh berdiri tanpa ada lelaki itu disisinya.

"Viera..." kali ini dia berdiri lalu dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Cukuplah dia bertahan dengan Haider dan juga keluarganya. Buat apa dia terus berada dihadapan mereka sedangkan kehadirannya langsung tidak dihargai.

"Viera..." Haider masih lagi tidak putus asa memanggil isterinya.

Ayyan datang menghampiri kembarnya dan dia menghulurkan tangan kearah Haider. Dari tadi dia melihat pergaduhan besar pasangan tersebut. Dia kesian dengan Viera dan juga Haider. Dua-dua tersakiti oleh keadaan.

"Kita balik dulu. Biarkan Viera tenangkan diri dia." Pujuk Ayyan kepada Haider.

"Aku nak Viera..."

"Esok kita datang lagi ya." Ujar Ayyan dengan lembut. Termakan dengan pujukan tersebut, Haider menyambut huluran Ayyan dan mereka berdua jalan beriringan balik ke rumah Tengku Aryan.

...

Tengku Faiza membawa Annisa balik ke rumah mereka dan dia setia menunggu kepulangan Haider. Lepas sahaja akad nikah tadi, majlis mereka terus dihentikan disebabkan pengantin lelaki lari rumah. Nasib sahaja yang wajib sudah dibuat, jadi Annisa sah bergelar isteri Haider.

Tengku Aryan yang dari tadi mendiamkan dirinya berdiri dari duduknya. Dia nak naik menuju kebiliknya. Dia pun tidak tahu apa yang sudah berlaku.

"Abang nak pergi mana?" tanya Tengku Faiza apabila melihat suaminya sudah berdiri dari duduknya.

"Saya nak naik, rehatkan diri. Saya rasa keluarga kita dah hancur." Kedengaran nada kecewa keluar dari bibir Tengku Aryan.

Tengku Faiza hanya terdiam mendengar kata-kata suaminya yang penuh makna. Mata dijeling kesisinya kelihatan Annisa sedang menundukkan pandangannya.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now