Xaviera-23

77.5K 4.2K 382
                                    

Haider menyambut panggilan tersebut dengan perasaan geram.

"Kau nak apa?" nada itu cukup menyampaikan betapa marahnya dia dengan pemanggil tersebut.

"Aku ganggu kau ke?" soal Ayyan disebalik panggilan.

"Iya, kau ganggu kerja aku." Katanya dengan mata tak lepas dari memandang Xaviera yang sedang menangis di bucu katil.

Kedengaran keluhan Ayyan di corong telefon.

"Kau kenapa?"

"Daddy. Daddy pengsan." Beritahu Ayyan dengan lemah.

"Pengsan? Jadi daddy dah sedar ke?" perasaan risau mula menyerbu dirinya. Tak pernah lagi daddynya jatuh pengsan macam ni.

"Belum, sekarang doktor tengah rawat daddy. Kau datang sinilah, mummy suruh."

Selesai Ayyan menyampaikan berita tersebut, panggilan terus dimatikan.

"Kau siap sekarang. Kita pergi rumah daddy," arah Haider dengan datar.

Xaviera hanya diam sahaja ditempatnya. Dia tak ikut arahan Haider malahan dia kuatkan tangisannya.

"Kau  nak drama sangat ni kenapa? Aku belum buat apa-apa dekat kau pun." Geram pula dia dengan Xaviera yang dari tadi tidak henti menangis. Sentuh pun belum dah meraung macam apa.

"Kalau lelaki lain tak ada pun kau menangis macam ni. Sekali aku, meraung tak ingat dunia." Ditolak kuat badan Xaviera lalu baju pijama yang berada diatas lantai diambil kemudian dilempar kearah Xaviera.

"Kau pergi bersiap. Lambat aku tinggal!" arahnya dengan keras. Dengan keadaan yang separuh bogel dia keluar dari bilik suaminya.

Keluar sahaja Xaviera dari biliknya, pintu bilik dihempas dengan kuat. Rambutnya diraup dengan kasar dan terserlah wajah kecewanya. Dia kecewa dengan dirinya sebab tak mampu nak menahan nafsu.

"Apa aku dah buat ni?" jujur dia sakit hati melihat gambar tersebut. Kelihatan Xaviera sangat mesra bersama dengan lelaki yang dia tak kenal.

Telefon yang dia lempar tadi diambil. Skrin telefon itu sudah retak namun masih boleh berfungsi. Gambar yang dihantar oleh nombor tak dikenali sekali lagi dipandang. Siapa lelak ni? Dan macam mana nombornya boleh berada di tangan orang yang dia tak kenal?

Xaviera sambung menangis didalam biliknya. Dia berdiri menghadap cermin dan dengan pandangan jijik dia melihat kesan yang ditinggalkan oleh Haider dibahagian lehernya.

Tangannya menarik tisu basah yang ada di meja kecilnya lalu dengan kasar dia bersihkan kotoran tersebut. Sekuat mana pun dia bersihkan, kotoran itu tak tanggal membuatkan air matanya semakin lebat.

"Arghhhh!!" habis semua barang-barangnya menjadi mangsa atas kekecewaannya. Kakinya menjadi lemah membuatkan dia terduduk diatas lantai.

"Viera, cepat!!" kedengaran suara Haider memetir memanggil namanya.

Dengan pandangan kosong, dia berdiri lalu dia menukar pakaiannya. Dia mengambil baju dimana bahagian leher baju itu berbentuk V agar kesan merah yang ditinggalkan kelihatan.

Xaviera keluar tanpa ada sebarang solekan dimukanya. Dibiarkan sahaja kesan tamparan yang dia dapat tadi kelihatan.

Haider memandang Xaviera dengan pandangan sinis.

"Kau memang sengaja ke nak bagitahu satu dunia yang aku pukul kau?" katanya dengan tak puas hati.

Xaviera memilih untuk diam. Dia membalas pandangan Haider dengan pandangan kosong.

Geram dengan sikap Xaviera, hoodie yang berada ditangannya dilemparkan dengan kasar. Berkerut wajah Xaviera menahan sakit disebabkan lemparan tersebut.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now