Xaviera-43

69.8K 3.7K 258
                                    

Untuk beberapa hari ini hidup mereka aman-aman sahaja sehinggalah mereka dikejutkan dengan video tular dimana Haider selamatkan Annisa semasa program beberapa bulan lepas.

Fokusnya terganggu apabila pintu bilik dibuka dari luar.

"Haider.." panggil Fathi dengan nafas yang berat. Selepas sahaja dia melihat video tersebut, dia terus berlari mencari keberadaan Haider.

"Apa aku nak buat ni Fathi?" tersandar lemah badan Haider dibelakang kerusi. Dia baru berbaik dengan  Xaviera, datang lagi masalah melanda rumah tangga mereka.

"Kau tahu siapa yang sebarkan video tu?" soal Fathi lalu dia mengambil tempat dihadapan kawannya.

"Tak tahu. Aku pun baru nampak video tu tadi." Jawab Haider dengan perlahan. Rambutnya diraup dengan kasar lalu kedua-dua sikunya direhatkan di pahanya dan tangan diletakkan di wajahnya.

"Weii.." sekali lagi pintu bilik tersebut dirempuh kuat dan muncul lah Emyr.

Alhamdulillah keadaan Emyr sudah semakin pulih dan tiada sebarang kecederaan teruk. Semuanya baik-baik sahaja. Fathi hanya membalas pandangan dengan Emyr sebelum mata mereka memandang semula kearah Haider.

"Aku boleh tolong carikan siapa yang sebar video tu." Kata Emyr lalu punggungnya dihenyakkan disebelah Fathi. Komputer riba yang berada dibeg nya dikeluarkan kemudian diletakkan diatas pahanya.

Haider hanya membiarkan Emyr membuat kerjanya kerna dia yakin kawannya boleh membantu mengenalpasti bangsat yang menyebarkan video dia selamatkan Annisa.

Rasanya sudah lama benda itu berlalu dan kenapa baru kali ini dia tersebar. Satu universiti dapat akses video tersebut dan kini ianya menjadi bualan hangat dalam kalangan pelajar.

"Dia dah padam akaun tu dan nama akaun yang akses web universiti kita pun akaun palsu." Geram pula apabila orang yang menyebarkan video tersebut lebih awal bertindak.

"Apa aku nak buat? Aku tak nak Viera tahu hal ni." Satu sahaja yang dia takut isterinya tahu akan hal tersebut. Mesti masalah akan semakin rumit.

....

Menggeletar tangan Annisa apabila melihat videonya bersama dengan Haider. Apa yang membuatkan dia menangis teruk adalah komen-komen yang ditinggalkan.

"Itu bukan perempuan yang selalu ikut usrah ke?"

"Annisa ke ni? Macam tak percaya pula."

"Lah ingatkan baik sangat, hmmm rupanya lebih teruk."

Annisa terus membuang telefonnya jauh dari tangannya. Dia tak sanggup untuk membaca komen-komen tersebut.

Seperti terbayang pelajar lain menggelakkan dirinya dan mengejeknya, Annisa duduk memeluk lututnya dan kepala digelengkan membuang semua bayangan yang bermain di fikirannya.

...

Sepanjang perjalanan, Xaviera hairan memandang para pelajar yang sibuk tunduk melihat telefon bimbit mereka dan sesekali dia mendengar kutukan serta gelengan dari mereka.

Xaviera mengeluarkan telefonnya dan ingin melihat apa yang menjadi perbincangan mereka namun niatnya terhenti apabila telefonnya berdering dan tertera nama Haider.

"Hello.." jawabnya dengan riang. Tahu-tahu je yang dia lagi rindu.

"Kau dekat mana?"

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now