Xaviera-33

78.1K 4K 811
                                    

Terganggu lena Xaviera apabila telinganya terdengar dengan bunyi pekikan yang sangat kuat. Dengan perasaan marah dan geram dia bangun dari tidurnya lalu dia ambil jam yang terletak diatas meja kecil Haider.

"Bising je lah.."

Xaviera menenyeh matanya lalu kepala direhatkan dikepala katil. Setelah matanya sudah boleh menerima bahawa pagi kian menjelma, kaki dibawa masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri sebelum dia turun buat sarapan untuk suaminya.

Sebelum dia keluar bilik, dia kejutkan terlebih dahulu suaminya untuk bangun. Melihat pergerakan kecil Haider membuatkan dia tersenyum suka.

"Bangun, jangan sambung tidur." Katanya dan hanya dibalas anggukan sahaja.

Dia turun ke bawah untuk lihat bahan yang boleh dia jadikan sarapan mereka.

"Nak masak apa ni?" gumamnya sendiri. Di peti ais tak banyak sangat bahan yang dia boleh gunakan. Hanya ada telur dan sayur kubis sahaja. Makan nasi goreng je lah ceritanya kalau begini.

Baru sahaja dia nak keluar dari dapur, Haider sudah menapak masuk.

"Selamat pagi," ucapnya dengan senyuman lebar.

Haider senyum sahaja sebagai balasan kepada ucapan tersebut. Dia mencium dahi isterinya dan membuatkan Xaviera mengeras dengan ciuman tak terjangka itu.

"Kau masak apa?" soalnya penuh minat.

"Nasi goreng je, awak sudi makan masakan saya?" soalnya balik. Dia tahu dia ni tak lah pandai masak. Siap kena pukul lagi sebab masakannya masin.

"Makan sayang. Jom!" dia ambil bekas makanan yang berada ditangan Xaviera lalu satu tangan lagi menarik Xaviera menuju ke meja makan. Tersipu malu sahaj Xaviera dibelakang dengan panggilan sayang.

Haider mengambil tempat terlebih dahulu manakala Xaviera tak terus duduk. Dia berdiri sahaja di sebelah Haider.

"Kenapa tak duduk?" soalnya dengan pelik.

"Layak ke saya duduk semeja dengan awak?" dia tak pernah lupa dengan ayat Haider yang kata dia tak layak untuk duduk semeja dengannya.

Haider mengeluh dengan perlahan. Dia pandang sahaja wajah Xaviera dan membuatkan isterinya terus menunduk ke bawah.

"Aku salah cakap ke?" gumamnya dengan perlahan.

"Kau memang tak layak duduk semeja dengan aku..." ujarnya dengan datar. Xaviera hanya tersenyum hambar sahaja. Kan dah kata, tak mungkin Haider berubah cepat macam ni.

Haider menarik tangan isterinya dengan kuat sehingga badannya terduduk diatas pangkuan Haider.

"Kau layaknya duduk dekat sini." Katanya dengan senyuman manis.

Tersenyum malu Xaviera dengan perlakuan suaminya.

"Aku minta maaf sebab pernah cakap macam tu." Kata Haider dengan nada kesal. Kesal kerana dia pernah ungkapkan kata-kata yang menyakitkan hati Xaviera.

Xaviera pantas menggelengkan kepalanya.

"Tak apa. Sebab tempat ni sangat istimewa untuk saya. Annisa pun tak akan dapat." Balasnya dengan tangan sudah naik melingkari kawasan leher Haider.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now