Xaviera-61

76.1K 4K 513
                                    

Keesokan paginya Haider bangun awal menyediakan sarapan untuk Xaviera. Tak kisah lah isterinya nak marah atau apa yang penting dia perlu ambil semula hati itu. Setelah selesai menyiapkan sarapan, pintu bilik Xaviera diketuk. Dari tadi isterinya tak keluar bilik.

"Viera!" panggil Haider dengan kuat.

Xaviera yang mendengar panggilan itu tersedar namun matanya pantas dipejam semula apabila sakit dikepalanya masih lagi belum hilang. Selepas subuh tadi sakitnya tak berkurang. Dia kuatkan diri untuk mendekati pintu biliknya dengan langkah yang kecil. Biar lambat asal selamat.

"Nak apa?" soal Xaviera tanpa nada.

"Kau demam ke?" kelihatan wajah itu sangatlah pucat dan lemah.

Haider cuba untuk meletakkan tangannya diatas dahi Xaviera namun cepat-cepat dia menjauhkan kepalanya agar tidak tersentuh dengan tangan Haider. Tergamam Haider dengan tindakan isterinya. Perlahan-lahan dia jatuhkan tangannya dan senyuman cuba diukir dengan manis.

"Kau tunggu dekat ruang tamu dulu, aku masakkan kau bubur." Ujar Haider kepada isterinya.

Xaviera tanpa membantah terus keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu dengan telekung masih berada dikepalanya.

Haider hanya mampu memandang sepi langkah Xaviera. Dia terasa dengan perbuatan Xaviera namun sudah salahnya wajarlah isterinya berkelakuan sedemikian.

Setelah siap membuat bubur ayam, Haider mendekati Xaviera dengan talam berada ditangannya.

"Viera..." Haider bangunkan Xaviera dengan nada yang perlahan.

"Viera, bangun. Bubur dah siap." Sekali lagi Haider membangunkan isterinya. Sementara itu, Haider sempat menekap tangannya didahi Xaviera. Panas!

Xaviera yang merasakan sentuhan dingin itu terus mencelikkan matanya. Ditoleh kesisi dan disitu Haider sedang memandang kearahnya.

Xaviera duduk dengan badan disandarkan dan matanya sekejap-sekejap dipejam menghilangkan pening tersebut.

"Makanlah." Haider menghulurkan bubur kearah Xaviera namun makanan itu hanya dipandang kosong.

"Saya tak ada selera." Jawab Xaviera dengan lemah.

"Makan sikit je, lepastu kau makan ubat. Tak melarat lah nanti demam tu." Pujuk Haider dengan lembut.

"Sini aku suap kau." Haider sudah mahu menyuap bubur kedalam mulut Xaviera namun niatnya terhenti apabila bunyi deringan telefonnya memenuhi ruangan sepi tersebut.

Haider hanya menghiraukan panggilan tersebut namun semakin dia hiraukan semakin menyalak bunyi deringan tersebut.

Xaviera hanya buat bodoh sahaja dengan bunyi deringan itu. Paling-paling pun panggilan dari Annisa.

"Sekejap." Haider meletakkan bubur tersebut dimeja lalu dia menjauhkan dirinya daripada Xaviera.

"Hmm nak apa?" kedengaran seperti nada yang malas menjawab.

"Awak tanya nak apa? Dah lah awak tinggalkan saya sendiri lepas tu tak bagi tahu lagi yang awak dah balik dengan Xaviera."

"Kan aku dah bagi tahu Ayyan. Cukuplah tu!"

"Awak memang tak hargai saya sebagai isteri awak kan Haider? Yang awak tahu Viera, Viera, Viera!"

"Dahlah Annisa. Kalau kau setakat nak marah-marah macam ni bagus tak payah lah. Semak je!"

Xaviera hanya mendengar pertelingkahan antara Haider dan juga Annisa. Kesain pula dia dengan Annisa. Disebabkan dia, Annisa ditinggalkan sendirian dekat resort. Xaviera menarik nafasnya dengan panjang. Dia perlu buat Haider benci akan dirinya sampailah Haider ceraikan dia.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now