Xaviera-40

78K 4.1K 352
                                    

Sejak Xaviera pulang dari rumah Tengku Aryan dia lebih banyak mendiamkan diri. Sakit kepalanya memikirkan masalah yang datang silih berganti. Selama ini dia takutkan Haider yang bakal marah kepadannya namun sangkaannya jauh meleset. Rupanya daddy yang marah dia.

Dia memandang langit malam di balkoni bilik Haider. Tenang rasanya menikmati angin malam. Walaupun dingin tetapi dia masih sahaja bertahan disitu.

Dia merehatkan dagunya dikepala lutut lalu mata dipejam untuk menghilangkan rasa pening di kepalanya. Tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini, dia selalu pening kepala.

Haider yang baru membersihkan dirinya memandang ke luar balkoni dan dia mendekati dimana Xaviera sedang berehat.

"Tak sejuk ke?" tegur Haider dengan mata memandang pakaian yang digunakan isterinya. Xaviera hanya mengenakan pijama satin nipis.

"Sejuk tapi saya suka angin dia." Balas Xaviera tanpa membuka matanya. Angin dia tu sampai membuatkan dia ingin tidur.

Haider mengambil tempat disebelah Xaviera lalu ditarik badan isterinya menyandar di bahunya.

"Daddy dah benci saya sama macam papa benci saya." Xaviera meletakkan telapak tangannya di atas telapak tangan Haider. Terasa sangat sahaja tubuhnya dengan sentuhan Haider.

"Tapi kau masih ada aku." Ujar Haider memujuk hati isterinya.

Xaviera tersenyum sahaja. Dia terpujuk sedikit dengan apa yang dikatakan oleh Haider. Kata-kata Annisa tadi petang bermain di fikirannya. Sekiranya apa yang dikatakan oleh Annisa tadi petang terjadi, bermakna satu lagi permata yang dia miliki akan hilang dan jika permata itu hilang maka hidupnya pasti akan hancur.

...

Esoknya Haider mengajak Xaviera untuk bermalam di rumah Tengku Aryan memandangkan keadaan daddynya yang masih lagi belum sihat sepenuhnya. Walaupun doktor kata keadaan Tengku Aryan sudah stabil namun dia sebagai anak masih lagi ada perasaan risau.

Sebelum masuk ke rumah, Xaviera menarik lengan Haider dan secara langsung mematikan langkah suaminya.

"Kenapa?" kelihatan wajah isterinya risau sahaja.

"Macam mana kalau mummy dengan daddy tak terima saya masuk ke rumah ni?"

"Selagi aku ada, aku tak akan biarkan benda tu berlaku. Kalau mummy dengan daddy tak terima kau maksudnya diorang pun tak terima aku." Ujar Haider.

"Saya takut..." air matanya mengalir begitu sahaja. Dia tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Tengku Aryan.

"Viera, aku kan ada. Aku tak akan biarkan kau lalui semuanya sendiri." Pujuknya dengan nada yang sangat lembut.

Xaviera menganggukkan sahaja kepalanya. Sekurang-kurangnya dia ada Haider.

"Jom!" dia selitkan jarinya di jari jemarinya Xaviera lalu dia bawa isterinya untuk masuk ke dalam rumah.

Mereka saat ini sedang berbual bersama Tengku Faiza. Dari awal perbualan sehinggalah sekarang, Xaviera lebih banyak mendiamkan diri. Dia langsung tak diajak berbual jadi dia hanya dengae sahaja perbualan Haider dan mummy.

"Untung sahaja daddy tak apa-apa masa dia dengar perbualan isteri Haider dengan Emyr. Daddy dengan mummy berterima kasih dengan Annisa sebab dia dah buka mata kami berdua." Dijeling sahaja Xaviera yang duduk disebelah anaknya.

"Mummy dahlah. Haider tak kisah pun semua tu yang mummy dengan daddy nak melebih, kenapa?"

"Melebih? Haider, perempuan ni dah rosakkan majlis kahwin kamu dan lebih teruknya dia dah malukan mummy dengan daddy. Tahu tak orang kata mummy dengan daddy tak pandai nak ajar anak sampai dia terpesong buat benda yang tak baik!" nada suaranya tinggi apabila Haider nak membela orang yang sudah jelas salah.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now