Xaviera-21

81.6K 4.1K 1.9K
                                    

Sejak dia sembuh dari demam tempoh hari, sikap Haider berubah. Suaminya masih berkelakuan dingin tapi tak sedingin awal perkahwinan mereka.

"Kenapa dia berubah? Dia nak cederakan aku lagi ke?" jujur dia tak percaya dengan perubahan yang ditunjukkan. Mana tahu disebalik wajah itu, ada satu rancangan yang boleh membuatkan dia masuk hospital.

"Kau buat apa dekat situ? Tak siap lah kerja kalau kau tahu termenung je," tegur Haider dengan tiba-tiba.

Disebabkan teguran tersebut, jarinya terhiris dengan pisau yang dia pegang. Dia menjeling sekejap ke arah Haider sebelum dia membawa jarinya ke singki.

"Awak tak reti nak cakap elok-elok ke? Habis jari saya nanti kalau macam ni," bebelnya dihadapan singki.

Haider menggulingkan matanya. Perempuan dengan membebel memang tak boleh dipisahkan. Dia mengambil plaster luka kemudian dia mendekati Xaviera.

Ditarik lengan isterinya dengan kuat sehingga badan Xaviera menghadap kearahnya.

"Awak ni kenapa?" suaranya meninggi sedikit. Dia tak suka lah dengan perlakuan Haider yang tiba-tiba.

Haider mengambil jari yang terhiris lalu dia letakkan plaster luka tersebut ditempat yang terhiris. Telan liur Xaviera dengan perlakuan Haider.

"Aku minta maaf. Tak sangka pula boleh jadi macam ni." Katanya dengan datar.

Xaviera diam sahaja ditempatnya. Dia tak boleh nak hadam apa dah berlaku. Semuanya terjadi dengan tiba-tiba sahaja.

"Masih sakit ke?" soal Haider apabila dia tak dengar suara Xaviera.

Tanpa sedar dia menganggukkan kepalanya.

Haider mencium tempat yang terkena hirisan tersebut. Tambah bulat mata Xaviera dengan apa yang sudah berlaku.

Dengan pantas, Xaviera menarik jarinya daripada genggaman Haider.

"Awak ni kenapa? Bukan kata jijik ke dengan saya?" soalnya dengan mata sengaja dilarikan ke tempat lain.

Haider mengusap lembut belakang lehernya. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh bertindak sebegini. Jujur, lepas dia tidur sekatil dengan Xaviera, dia hanya ingat wanita itu sahaja. Jangan-jangan..

"Kau bomohkan aku ke?" anak matanya terus menikam tajam kearah Haider.

"Awak boleh tak jangan nak main tuduh." Geram apabila dia dituduh berbuat hal kurafat tersebut.

Haider tersenyum sinis. "Kau lupa ke macam mana kau dapatkan aku? Kau main kotor Viera."

Ibu jarinya naik mengusap bibir merah Xaviera. "Aku yakin perempuan macam kau ni, sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang kau nak, tak terkecuali dengan gunakan bantuan bomoh."

Xaviera membalas pandangan Haider. Mukanya memang sudah naik merah begitu juga dengan dadanya yang berombak dengan kasar.

Xaviera menarik leher baju Haider membuatkan badan lelaki itu menghempap dadanya.

"Bomoh? Saya tak perlukan bantuan dari mana-mana pihak Haider. Awak sendiri yang jatuh dengan ketulusan cinta saya, jadi jangan bagi alasan bomoh untuk tutup perasaan awak." Katanya dengan suara yang sangat gemersik.

Telan liur Haider dengar suara mendayu Xaviera.

Haider semakin mendekatkan bibirnya dengan bibir Xaviera. Dia memang dah terpukau dengan sendiri melihat kecantikan isterinya.

Xaviera pula menunggu apa yang bakal Haider lakukan. Dia tak akan paksa melainkan dia akan buat Haider sendiri datang kepadanya.

Bibirnya semakin dekat dengan bibir munggil Xaviera. Tanpa melihat kiri kanan, bibir mereka bercantum. Xaviera memeluk erat leher Haider dan dia biarkan Haider mendominasi ciuman ini.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now