Xaviera-57

75.4K 3.9K 584
                                    

Lama Haider meletakkan bibirnya di ubun-ubun Xaviera dan Xaviera juga menikmati kehangatan itu namun dia sedar dirinya tak layak berdamping dengan Haider. Tak mahu terlalu leka dengan sentuhan itu, Xaviera mengalihkan wajahnya ke tepi. Haider milik Annisa!

"Saya merayu dengan awak Haider. Lupakan saya. Cukup buat saya terseksa." Rayu Xaviera.

"Please Viera. Jangan paksa aku untuk lupakan kau. Selama kau tinggalkan aku, tak pernah sekali pun aku terlepas selitkan nama kau dalam doa aku. Aku tak pernah dan tak akan lupakan kau." Balas Haider dengan tegang.

"Tapi saya dah lupakan awak. Saya dah tutup rapat-rapat hati saya untuk awak dan nama awak saya dah buang jauh. Jadi tak ada guna awak simpan saya." Ujar Xaviera dengan dingin.

"Kau bohong Viera. Aku tahu kau bohong!" Tersenyum sinis Haider dengan keyakinan Xaviera. Isterinya sengaja berkata seperti itu untuk bangkitkan kemarahannya. Pandai kau Viera!

"Aku mohon dengan kau Viera. Jangan menyerah! Kita sama-sama berjuang sayang." Pujuk Haider dengan lembut. Suara yang tadinya dingin kini berubah seratus peratus. Cukuplah mereka berpisah selama beberapa bulan ni.

Xaviera menggelengkan kepalanya berkali-kali dan air mata laju sahaja merembes keluar.

"Saya dah menyerah Haider. Cukup saya perjuangkan cinta saya. Biarlah kali ni saya undurkan diri untuk kebahagiaan awak dengan Annisa."

"Kenapa menyerah? Kenapa tidak memilih untuk terus berjuang? Jika kita pernah bahagia bersama, kenapa tidak diperbaiki? Kenapa harus memilih untuk pergi? Kenapa Viera?" ujar Haider dengan kecewa. Kenapa isterinya tak nak berjuang untuk mereka berbaik.

Xaviera terdiam seribu bahasa. Kenapa begini cerita kisah mereka? Kerna tak tahan melihat wajah kecewa Haider, dia menolak jauh badan Haider dan kakinya mengorak langkah meninggalkan tempat tersebut.

"Viera!" panggil Haider dengan kuat namun Xaviera hanya buat bodoh. Digagahkan kakinya berjalan untuk naik semula ke bilik.

"Viera!" kali  ini suara itu kedengaran keras tapi masih sama. Xaviera hanya diam dan meneruskan langkahnya.

Tanpa menunggu lama, Xaviera terus menboloskan dirinya kedalam lif dan tangan cepat-cepat menekan butang lif agar pintu tertutup sebelum Haider sempat mengejarnya.

"Cepatlah!" geram pula apabila pintu lif itu seakan mengejeknya.

Setelah beribu kali menekan, akhirnya pintu itu pun tertutup dan terbit nafas lega Xaviera. Badan yang tegak tadi terus disandarkan kebelakang dan tangan naik menyentuh dadanya. Terasa sangat sukar untuk dia bernafas ketika ini.

Sedang Xaviera melayan perasaannya kedengaran bunyi lif yang sedang terbuka. Terdongak kepala Xaviera memandang kehadapan.

"Ishhh.." marah Xaviera apabila melihat yang masuk tadi adalah Haider. Kaki cuba dibawa keluar dari lif namun badannya pantas ditarik lalu disandarkan dengan kuat di dinding lif.

"Apa awak ni?" marah Xaviera apabila diperlakukan sedemikian.

Haider hanya diam memerhatikan wajah Xaviera. Ditilik wajah Xaviera dengan pandangan yang redup.

Cuppp

Haider mencium pipi Xaviera. Terkelu, tergamam Xaviera dengan ciuman tersebut. Tak malu punya lelaki!

Cuppp

Sekali lagi pipinya dicium oleh Haider dan kali ini darah Xaviera sudah mendidih dengan perlakuan suaminya.

Pangg!

Kuat bunyi tamparan bergema diruangan tersebut. Kebas pipi Haider dengan tamparan tersebut.

"Tak malu ke cium orang?" marah Xaviera. Haider hanya diam membiarkan pipinya ditampar.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now