Xaviera-34

75.5K 4K 883
                                    

Hubungannya dengan Haider semakin hari semakin membaik tapi ada sesuatu yang membuatkan dia takut.

Dari tadi dia hanya duduk sendiri di cafe memikirkan hal tersebut. Emyr yang nak beli air menukar laluannya apabila dia melihat Xaviera sedang termenung sendiri.

"Viera..." panggilnya dengan perlahan.

Terhinjut bahu Xaviera dengan panggilan tersebut. Dia memandang Emyr dan terbit keluhan dari bibirnya.

"Kenapa? Dari jauh aku nampak kau termenung. Kau gaduh dengan Haider lagi ke?" soalnya ingin tahu.

Xaviera menggelengkan sahaja kepalanya. Dia tak menjawab tapi sekali lagi dia mengeluh.

Dia takut kalau kebenaran ni terbongkar, Haider akan jadi macam dulu. Yang dera dia dan mungkin Haider akan tinggalkannya.

Emyr yang melihat hanya kebingungan di tempatnya.

"Kenapa? Haider pukul kau lagi ke?"

Xaviera meraupkan mukanya dengan kasar dan tidak cukup dengan itu dia mencengkam rambutkan dengan kuat. Dia betul-betul buntu!

"Aku takut..." katanya dengan perlahan.

"Kau takut apa?" Emyr sedaya upaya menahan sabarnya. Rasanya dah banyak soalan dia utarakan tapi satu pun tak dijawab.

"Arghhhhhh!" teriaknya dengan tiba-tiba. Tambah bingung Emyr dengan kelakuan Xaviera.

"Cuba kau bagitahu aku, apa yang buat kau takut?"

"Aku takut Emyr..." kali ini dahinya dihentak di meja berkali-kali. Dia dah tak rasa sakit, kerna rasa takut lebih menguasai dirinya.

"Cerita dekat aku, mana tahu aku boleh tolong kau."

"Aku takut kalau Haider tinggalkan aku.." akhirnya apa yang Emyr nak dengar terkeluar juga dari mulut Xaviera.

"Kenapa dia nak tinggalkan kau?"

Xaviera duduk tegak lalu dia pandang wajah Emyr dengan riak yang serius.

"Kau dah lupa ke? Gambar aku dengan Haider.." Emyr bungkam ditempatnya. Macam mana dia boleh lupa dengan gambar tu.

"Lambat laun, Haider pasti akan tahu. Kau tahu kan macam mana Haider kalau marah. Gambar tu penyebab dia tak kahwin dengan perempuan yang cinta. Gambar tu pemusnah segala-galanya Emyr."

"Aku yakin Haider pasti akan marah dan mungkin marah dia lebih teruk dari sebelum ni." Air matanya mula bertakung memikirkan nasibnya.

Sebenarnya gambar mengaibkan yang dia sebarkan adalah gambar yang dia wujudkan sendiri. Bila dia tahu Haider dan Annisa nak kahwin, dia terus sahaja buat rancangan bodoh ni dan dia minta tolong dengan Emyr.

"Apa aku nak buat Emyr?"

Emyr memandang sepi wajah Xaviera yang jelas kelihatan sangat takut.

"Aku yakin Haider tak akan tinggalkan atau sakitkan kau lagi. Percaya dengan aku." Nada suara Emyr kedengaran sangat menyakinkan tapi tak untuk Xaviera.

"Tak mungkin! Aku ni hanya wanita kedua dalam hidup dia. Annisa pernah jadi perempuan paling dia cinta. Kau fikir, dia senang je ke nak maafkan aku atas apa yang aku dah buat. Aku hancurkan perkahwinan dia Emyr!"

"Viera, kau dengar cakap aku. Aku dah lama kenal dengan Haider. Haider, dah terlalu sayang dekat kau dan aku percaya yang dia tak akan sesekali sentuh apalagi sakiti kau."

"Aku takut.." dia sedikit terpujuk dengan kata-kata Emyr tapi dan masih ada perasaan takut.

"Kau tak payah risau Viera. Aku pun bersalah dalam hal ni, biar aku terangkan dekat dia nanti. Apa-apa pun aku akan ambil tanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang sudah kita berdua buat." Mengalir air mata Xaviera apabila Emyr dengan relanya nak ambil tanggungjawab atas perbuatannya.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now