Xaviera-73

100K 3.7K 549
                                    

Tiga tahun kemudian.

Setelah lamanya berada di negara orang, akhirnya Tengku Aryan dan keluarganya menginjak semula ke bumi kelahiran mereka.

Ayyan memandang ke sisinya melihat Haider yang sedang menayangkan riak kosong. Alhamdulillah keadaan Haider sudah pulih dengan rawatan psikologis namun hanya satu yang berubah. Kembarnya semakin dingin dan pendiam.

"Jom!" Ajak Tengku Aryan apabila beg mereka sudah berada didepan mata.

...

Siapa sangka pilihan menantu Puan Ayu dan Encik Rizuan bukanlah seperti yang dikatakan. Hidup Annisa semakin sengsara seusai sahaja dia bergelar isteri kepada lelaki yang bernama Ferhad.

Setelah lama dia bergelar janda, kini dia sudah menjadi isteri kepada Ferhad. Encik Rizuan menerima lamaran pihak dari keluarga Ferhad dan dia tak sangka Ferhad sudah berkahwin dan sekali lagi dia hidup bermadu namun kali ini hidupnya sangat teruk dan tak seindah seperti dulu.

Ferhad lelaki yang tak bertanggungjawab. Annisa dijadikan sebagai pembantu rumah dan dilayan sangat teruk. Namun apa yang boleh dia buat, dia tak mampu untuk lari dari genggaman lelaki durjana itu. Jika dia lari atau buat laporan polis, anaknya akan menjadi mangsa.

"Nisa, mana makanan aku?" teriak Ferhad dengan kuat.

"Sekejap!" balas Annisa lalu tangannya dengan pantas membawa bekas makanan untuk dihidangkan kepada lelaki itu.

"Lembap! Kau dah tahu kan ini jam aku pulang makan, sepatutnya makanan semua ni dah ada depan mata aku. Ni aku datang baru terhegeh-hegeh nak hidangkan." Marah Ferhad dengan mata mencerun memandang kearah Annisa.

Annisa yang sudah lali dengan jerkahan itu hanya buat selamba sahaja. Nanti dia melawan, Ferhad naik tangan jadi bagus dia kuncikan mulut dan menadah telinganya.

"Woi, perempuan! Aku bercakap dengan kau ni." Panas pula Ferhad apabila dia membebel, Annisa hanya sibuk menghidangkan dia makanan.

"Iya, saya dengar." Balas Annisa dengan nada malas.

"Kau dah berani nak lawan aku." Ditampar pipi Annisa dengan sangat kuat.

Tak puas dengan tamparan tersebut, Ferhad menendang perut Annisa sehingga terbaring lemah dia dibawah.

"Kau memang sial lah. Kenapa lah aku kahwin dengan kau?" habis badan Annisa disepak seperti bola dan Annisa hanya mampu menahan kesakitan tersebut.

Haikal yang kebetulan baru pulang dari rumah neneknya terus menerpa kearah mamanya dan ditolak kaki Ferhad jauh dari perut Annisa.

"Jangan pukul mama Haikal." Kata anak kecil tersebut. Badannya yang kecil menghalang daripada kaki Ferhad terus menendang perut Annisa.

"Ini lagi satu bala." Geram Ferhad apabila Haikal menghalangnya daripada terus menyeksa Annisa.

"Kau budak kecil, pergi main jauh-jauh kalau tak nak aku terajang." Ugut Ferhad dengan tangannya menarik kasar lengan Haikal jauh dari Annisa.

"Jangan apa-apakan anak saya." Rayu Annisa apabila dia melihat Ferhad menarik tangan Haikal.

"Kalau kau tak nak anak kau cedera, suruh dia diam. Jangan kacau aku!" teriak Ferhad dengan kuat lalu dia menampar pipi Annisa.

"Mama.." Haikal sudah menangis melihat mamanya diperlakukan sedemikian. Setiap hari dia akan lihat mamanya dipukul oleh Ferhad.

"M-mama tak apa-apa sayang." Annisa cuba memberikan senyuman kepada Haikal.

Ferhad yang sudah naik muak melihat drama tersebut menarik tudung Annisa lalu diheret badan tersebut masuk ke bilik buruk yang dihuni oleh dua beranak tersebut.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now