Xaviera-15

78.4K 4.2K 1K
                                    

Haider terlebih dahulu naik ke atas memandangkan game mereka pun sudah bosan. Bosan satu hal, lama-lama dekat situ pun buat dia naik geli melihat keakraban Ayyan dan juga Xaviera.

"Tak guna punya perempuan!" dihempas pintu biliknya dengan kuat.

"Kau berani nak tunjuk rapat dengan Ayyan didepan aku," tergelak sinis dia dengan keberanian isterinya.

Mahu buat dia cemburu? Ini Haider! Kau tunggu pembalasan dari aku esok.

Sedang dia melepaskan amarahnya, kedengaran bunyi bilik dibuka dari luar. Toleh sahaja kepalanya, kelihatan wajah Xaviera sedang melangkah masuk.

"Aku fikir kau dah tak ingat nak naik bilik. Sibuk menggatal dengan lelaki lain." Sindirnya bersama dengan jelingan tajam.

Xaviera biarkan sahaja sindiran itu berlalu. Nak kata dia menggatal, diri sendiri pun menggatal dengan perempuan lain.

"Woi! Kau fikir aku bercakap dengan kayu? Kau dah berani buat-buat sombong dengan aku." Ditarik lengan Xaviera dengan kuat sehingga badan Xaviera bertembung dengan dada Haider.

"Apa lagi yang awak tak puas dengan saya?" Xaviera menolak badan Haider namun suaminya ketatkan lagi pegangan di lengannya.

"Aku benci kau Viera!" Xaviera menunjukkan riak bingung.

"Bukan saya ke yang sepatutnya benci awak? Dahlah awak pergi luah perasaan dekat Annisa depan saya. Tak malu?"

"Sakit Haider! Sakit sangat! Awak buat saya macam tunggul yang tak ada perasaan. Siap cakap I Love You bagai."

"Memang kau layak nak dibuat macam tu. Hati kau tak ada nilai di mata aku." Balas Haider dengan selamba.

"Kenapa awak tak ceraikan saya je Haider? Saya menyesal kenal dan jatuh cinta dengan awak." Kata Xaviera dengan lemah.

"Kalau boleh saat ni juga aku nak lepaskan kau tapi aku masih nak main dengan kau." Diselak rambut Xaviera dengan lembut sebelum sentuhan tersebut bertukar menjadi kasar.

"Haider sakit!" Xaviera mengenggam tangan Haider yang erat mencengkam rambutnya.

"Sakit? Ini belum cukup lagi kalau nak dibandingkan dengan apa yang kau dah buat dengan aku dan Annisa." Rambutnya ditarik dengan lebih kuat lagi.

"Jijik lah saya nak dengar nama perempuan munafik tu," matanya tajam sahaja membalas pandangan Haider. Annisa! Annisa! Annisa!

"Aku lagi jijik nak hadap muka kau hari-hari." Ditolak kepala Xaviera dengan kuat sehingga badannya terhentak di pintu bilik mereka.

"Kau dengar sini. Jangan sesekali kau ada hati nak naik katil aku dan tidur disebelah aku!" pesannya sebelum badan dihempas dengan kuat. Penat seharian ni dia membantu mummy urus apa yang patut.

"Apa aku perlu buat? Menyerah? Biarkan Haider bahagia dengan Annisa?"

Xaviera terus menggelengkan kepalanya. Membuang segala benda yang boleh menghasut dia untuk melakukan tindakan diluar kawalannya.

"Masih terlalu awal untuk menyerah." Air mata yang nak keluar dihapus dengan segera. Dia mengambil tempat tidurnya kemudian dia paksa matanya untuk pejam. Dia nak rehatkan diri tanpa fikirkan apa yang dah berlaku hari ini. Penat mentalnya dengan sikap Haider.

...

Awal pagi lagi rumah Tengku Aryan sudah riuh dengan suara para tetamu. Kelihatan bahagia sahaja wajah setiap dari mereka dapat berkumpul seperti ini. Kebanyakan yang meriahkan rumah besar ini adalah dari keluarga pihak mummy dan daddy.

Kenalan dan jiran pula katanya akan datang selepas solat isyak memandangkan acara bermula selepas solat isyak.

"Viera, sini sarapan dengan daddy." Ajak Tengku Aryan seusai dia melihat Xaviera yang sedang masuk ke ruang makan.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now