Xaviera-24

77.2K 4.3K 638
                                    

Setelah Haider dinasihatkan oleh Mak Yam, dan setelah sejam dia dibawah memikirkan kata-kata Mak Yam, akhirnya dia membawa diri untuk naik ke biliknya.

Sepanjang perjalanan nak naik ke tingkat atas, tak henti dia mengeluh. Ayyan dan Mak Yam buat dia tersentap. Dia kecewa dengan dirinya. Kenapa dia tak boleh bincang elok-elok dengan Xaviera?

Haider membuka pintu biliknya. Masuk sahaja dia, benda pertama yang dia lihat adalah Xaviera yang sedang baring diatas sofa. Masih kedengaran esakan kecil wanita itu.

Haider terus membawa diri masuk ke bilik mandi. Biarlah dia bagi waktu dan ruang untuk isterinya.

Selesai Haider membersihkan diri, Haider membentang sejadah untuk dia tunaikan solat dua rakaat. Dia tahu dirinya ini kejam dan dayus. Dia bertindak seperti dirinya tak ada ilmu agama.

Habis sahaja dia berdoa, dia membawa dirinya kearah Xaviera. Melihat wajah polos isterinya membuatkan nasihat Mak Yam terngiang-ngiang di telinganya.

"Viera tu tak cukup kasih sayang dari keluarganya. Haider tempat dia menagih kasih sayang. Tolong Mak Yam, bahagiakan Viera. Sayang Viera."

"Aku bukan lelaki yang baik untuk kau. Kenapa aku Viera? Kenapa kau buat aku dan diri kau macam ni?" dia masih tak percaya dengan Xaviera. Fitnah yang dibuat itu membuatkan hidupnya hancur dan membuatkan dia berubah seperti ini.

Tapi tak dinafikan, ada perasaan menyesal dia dah layan isterinya seperti ini. Parut yang mencacatkan dahi licin Xaviera diusap lembut. Ini mesti kesan tali pinggangnya.

"Kau buat aku berubah macam ni Viera. Kau penyebab aku jadi panas baran. Macam mana aku nak balas cinta kau kalau kau dapatkan aku dengan cara kotor?"

"Aku tak mampu nak bahagiakan kau."

Badan isterinya diangkat lalu dibawa naik ke atas katilnya. Biarlah malam ni, Xaviera tidur diatas katil.

Seusai dia meletakkan badan isterinya ditilam, dia keluar menuju ke bilik Ayyan. Malam ni biarlah dia tidur dibilik kembarnya. Lagipun dah lama mereka tak berbual, dia rindu nak dengar cerita adik kembarnya.

Air mata Xaviera sekali lagi membasahi pipinya. Dia dengar dengan apa yang dibicarakan Haider.

"Kalaulah awak tahu saya bertahan sampai sekarang disebabkan awak, awak masih nak cakap macam tu ke?" dia pilih untuk terus hidup kerna dia tahu kalau bukan papanya boleh bahagiakan dia, ada Haider. Tapi lain pula dengan apa yang difikirkan Haider.

...

Xaviera memandang sepi wajahnya yang memantul di cermin solek Haider. Dia sedang memikirkan baju apa yang boleh dia pakai saat ini. Dia mana ada tinggalkan bajunya di rumah Tengku Faiza. Semuanya ada dirumah Haider.

Dengan langkah yang masih mengantuk, Haider melangkah masuk ke dalam biliknya. Mata yang tadi hendak tertutup terbuka luas apabila pandangannya bertembung dengan mata sembap Xaviera.

"Kenapa?" soal Haider apabila mata hitam itu dari tadi memandangnya.

Malu pula Xaviera hendak memberitahu masalahnya kepada lelaki itu. Bibir bawahnya digigit lalu dia mainkan jari jemarinya menghilangkan rasa malu dan juga gemuruh.

"Kau ingat dengan kau tunduk macam tu aku boleh baca lah apa isi hati kau?"

"S-saya tak ada baju."

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now