Xaviera-09

77.3K 4K 1.2K
                                    

Kekok pula rasanya duduk bersama dengan keluarga Haider. Daddy okey lagi masih ada senyuman, mummy Haider langsung tak ada senyuman. Mukanya tak kalah dengan muka Haider. Tegang sahaja.

"Viera sihat ke ni? Pucat je daddy nampak?" dari Xaviera masuk ke rumahnya, muka Xaviera kelihatan pucat.

Haider memerhati sahaja wajah isterinya dari tepi. Takkanlah disebabkan make up dia jadi pucat macam ni.

"Yang kau over sangat nak make up macam ni, kenapa?" bisik Haider di telinga isterinya.

Xaviera membelek mukannya berkali-kali. Rasanya dia tak pakai terlalu banyak sehingga boleh bertukar menjadi pucat sebegini. Hanya beberapa tempelan sahaja dia letak di bahagian yang lebam dan itupun tak tebal sangat.

"Biasalah daddy, banyak kerja tak cukup rehat lagi. Viera okey je." Jawab Xaviera bersama dengan senyuman. Walaupun tepi bibirnya masih sakit namun digagahkan juga untuk senyum.

"Biarlah dia nak pucat ke nak mati sekali pun, yang abang nak risau ni kenapa? Ingat, perempuan ni dah malukan kita." Tajam kata-kata Tengku Faiza menyapa telinga Xaviera.

"Apa awak cakap macam tu. Xaviera tu menantu saya dan secara tak langsung dia dah jadi anak saya." Kedengaran suara Tengku Aryan menjadi tegas menegur kata-kata isterinya.

"Kenapa? Anak yang saya lahirkan tak cukup ke untuk awak?" sindir Tengku Faiza kepada suaminya. Anak dah dua pun tak cukup ke?

"Bukan itu maksud saya. Awak kan tahu saya nak sangat ada anak perempuan. Viera dah jadi menantu kita jadi biarlah saya anggap dia macam anak perempuan saya." Balas Tengku Aryan. Tengku Faiza hanya menjeling sahaja suaminya. Tak suka apabila suaminya memihak kepada Xaviera.

"Ini semua disebabkan kau. Kalau Annisa jadi isteri aku tak ada maknanya mummy daddy nak bermasam muka macam ni."

Xaviera sudah naik muak mendengar nama perempuan munafik tu. Annisa! Annisa! Annisa!

"Bagus saya masuk dapur dari duduk dekat sini. Terasa macam panas pula." Dijeling wajah Xaviera sebelum kakinya dibawa menuju ke dapur.

"Viera, jangan ambil hati dengan mummy ya. Biasalah orang tua memang macam tu." Pujuk Tengku Aryan menyedapkan hati menantunya.

Xaviera hanya membalas dengan senyuman sahaja. Tak apalah daddy anak daddy dirumah pun tak kalah macam mummy. Lebih teruk adalah!

"Kenapa daddy tiba-tiba ajak Haider balik ni?" pelik pula dengan daddynya yang tiba-tiba mengajak.

"Haider tak tahu ke?" soal Tengku Aryan balik. Kelihatan Haider menggelengkan kepalanya.

"Ayyan kan nak balik hari ni. On the way dah nak balik rumah." Terkejut Haider dengan berita tersebut. Dia tak tahu pun adiknya nak balik hari ni.

"Siapa?" tanya Xaviera yang kebingungan. Siapa lagi Ayyan ni? Species macam Haider juga ke?

"Sibuk je kau nak tahu." Balas Haider dengan malas.

Xaviera menaikkan bibirnya keatas. Itu pun nak kedekut. Jawab jelah, bukan mati pun jawab soalannya.

Suasana mereka berubah serta merta apabila mendengar suara seseorang sedang memberi salam.

"Assalamualaikum..." ceria sahaja suara itu memberi salam.

Tertoleh kepala mereka semua memandang kearah suara tersebut. Tengku Aryan sudah tersenyum bahagia melihat anaknya yang sudah lama tidak pulang rumah.

Tak berkelip mata Xaviera melihat wajah lelaki yang sedang melangkah masuk. Silih ganti dia melihat wajah Haider dan wajah lelaki itu. Sama! Langsung tak ada beza.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now