Xaviera-58

73.3K 4K 1.6K
                                    

Dari tadi telefon Haider asyik berbunyi dan membuatkan Xaviera sudah hilang kesabaran dengan bunyi pekikan tersebut. Masalahnya Haider ni langsung tak pedulikan panggilan tersebut.

"Angkat lah telefon tu. Bising lah." Xaviera berdiri dihadapan Haider dengan gaya mencekak pinggang.

Haider hanya buat bodoh sahaja dan matanya setia memandang kehadapan walaupun dihalang oleh badan isterinya.

Xaviera yang berasa geram dengan perangai Haider terus mengambil remote control yang berada dimeja lalu ditekan punat off mematikan television tersebut.

"Tu, telefon awak bunyi. Angkatlah!" katanya  dengan garang lalu dia berlalu mengambil tempat duduk sebelah Haider.

Haider menggulingkan matanya dengan paksaan tersebut. Mahu tak mahu Haider menerima juga panggilan dari Annisa. Semaklah perempuan satu ni.

"Waalaikumsalam." Jawab Haider dengan malas.

Xaviera tidak pedulikan perbualan pasangan tersebut. Dia hanya duduk membaca majalah yang ada ditangannya. Dia perasan nama pemanggil itu adalah Annisa. Risaulah tu laki lari.

"Hmmm.."

"Hmmm..."

"Siaplah, kita turun makan." Ajak Haider selesai dia dibebel oleh Annisa.

"Awak turunlah sendiri. Saya tak ada selera nak makan." Tolak Xaviera dengan malas dan mata masih setia membelek majalah ditangannya.

Haider berdiri dari duduknya lalu dia berdiri dihadapan Xaviera. Terkebil-kebil mata hitam itu melihat badan sasa Haider.

Terjonget kening Xaviera. Nak apa?

Haider tanpa kata terus mencempung badan Xaviera lalu dibawa masuk kedalam bilik mandi.

"Apa awak ni?" dipukul bahu Haider dengan penumbuk kecilnya.

Seusai mereka berada di dalam bilik mandi, Haider mendudukkan Xaviera di tandas duduk. "Aku dah mudahkan urusan kau, siap. Kita turun makan."

"Saya tak naklah." Xaviera berdiri lalu dia ingin keluar dari tempat tersebut namun dihalang oleh badan sasa Haider.

Disebabkan kedegilan isterinya, terpaksalah Haider pakai cara kasar. Haider mendekati Xaviera lalu tangannya membuka butang pijama yang digunakan oleh Xaviera.

Terkejut Xaviera dengan perlakuan tersebut. Ditolak tangan Haider jauh dari bajunya.

"Jangan cabar aku Viera!" tegas Haider memberi amaran.

"Miang lah awak ni!"

"Aku dah suruh kau bersiap, tapi degil. Aku nak tolong lah ni."

"Saya kata saya tak nak. ! Yang nak paksa-paksa ni kenapa?" lawan Xaviera. Walaupun dia sedikit gentar dengan pandangan Haider namun dia kuatkan hati dengan pendiriannya.

Haider memberikan pandangan dingin dan langkah mereka semakin lama semakin berada dipenghujung bilik mandi. Terhempas kuat badan Xaviera didinding bilik mandi tersebut. Jauh juga perjalanan mereka sehingga dia tersepit dengan badan Haider.

Haider sekali lagi membuka butang pijama Xaviera dan dengan pantasnya Xaviera menolak tangan tersebut.

"Okey, saya ikut." Akhirnya Xaviera terpaksa membuat keputusan mengikuti suaminya turun sarapan. Kedengaran dengusan kasar keluar dari bibir pucat itu.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now