Xaviera-16

76.4K 4.4K 1.5K
                                    

Ayyan memerhati sahaja Xaviera yang sedang ketawa terbahak-bahak. Dia dah tahu kenapa Xaviera ketawa macam ni. Ini mesti tak percaya dengan kata-katanya.

"Kenapa kau ketawa? Ada yang lucu ke dengan ayat aku?" soalnya dengan datar.

Xaviera yang mendengar perubahan nada suara itu terus menghentikan ketawanya. Bibirnya dikemam, takut dengan perubahan Ayyan. Dah serupa Haider dia nampak.

"Kau tak percaya aku ke?" soalnya lagi. Xaviera menghembus nafas dengan kasar.

"Susah lah nak percaya. Haider tu cinta mati dengan Annisa, celah mana dia suka dekat saya." Xaviera mendongak keatas melihat langit yang sudah bertukar warna.

"Aku kembar dia Viera. Aku kenal dia lebih dari dia kenal dirinya sendiri. Bab cinta Haider memang tak pandai dan aku yakin yang dia keliru dengan perasaannya."

"Apa maksud awak?"

"Kau tak perasan ke reaksi Haider semalam? Dia tak senang duduk sebab dia nampak aku dan kau rapat dan dia tak puas hati cara Haziq pandang kau. Itu semua dah jelas tunjukkan yang dia cemburu." Jelas Ayyan.

"Ha?" Xaviera masih lagi tidak dapat tangkap dengan penjelasan Ayyan.

"Aku nampak Viera pandangan cemburu dia masa kau pandang aku. Dalam kata lain, dia cemburu nampak kau rapat dengan lelaki lain." Ujar Ayyan dengan terang dan jelas. Biar Xaviera faham maksud yang disampaikan.

Xaviera mendiamkan dirinya untuk beberapa saat sebelum kepalanya digelengkan.

"Tak mungkin Ayyan! Tak mungkin dia cemburu." Xaviera masih lagi nafikan apa yang disampaikan oleh Ayyan.

"Terpulang lah apa kau nak fikir. Tapi satu je aku pesan dengan kau, jangan sesekali menyerah atau undurkan diri. Kau masih ada peluang untuk dapatkan Haider."

...

Xaviera memerhati sahaja perangai gedik Annisa yang tertunduk malu apabila dirinya disakat oleh beberapa sepupu Haider.

"Dasar munafik!"

"Kau buat apa dekat sini? Kenapa tak join diorang?"Emyr berdiri disebelah Xaviera dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

"Kau tengok lah perangai perempuan yang tunjuk baik. Tak malu ke berperangai macam tu," Emyr dan Fathi melihat kearah Annisa. Diorang pun geli juga nampak perangai Annisa yang kelihatan sangat mengada.

"Jom lah kita join diorang. Bagi meriah sikit," ajak Fathi dengan senyuman penuh makna.

Emyr ikut tersenyum. Dia menganggukkan kepala setuju dengan ajakan tersebut.

"Jom Viera,"

Mereka bertiga duduk menyertai Haider dan yang lain. Haider perasan akan kedatangan mereka yang lain dan apabila matanya bertembung dengan mata Xaviera dia melemparkan jelingan.

"Kawan Haider ke?" soal Haziq. Emyr dan Fathi menganggukkan kepala mereka.

"Bukan setakat kawan Haider, Annisa pun kawan kami. Kan Nisa?" Annisa hanya menganggukkan kepalanya. Rasanya dia tak rapat dengan mereka berdua tapi dah Emyr cakap macam tu layankan je lah.

"Itulah, aku sampai tak kenal yang duduk disini Annisa kawan kami atau bukan. Lain sangat perangai dia." Mereka semua terdiam dan masing-masing melihat kearah Annisa.

"Apa maksud awak?" soal Sakinah minta penjelasan. Apa yang lain? Sopan macam ni pun dikata sebegitu.

"Kalau dekat kampus, tak adanya dia nak duduk rapat-rapat macam ni. Ke perangai dekat kampus tak sama dengan perangai di luar?" Annisa tertunduk malu. Dia malu apabila mereka semua melihat kearahnya.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now