Xaviera-41

72.3K 4K 3.1K
                                    

Sejak kejadian tadi petang, Haider meminta Xaviera untuk rehatkan diri sahaja di bilik memandangkan keadaannya yang tak seberapa baik kerna isterinya tadi ada mengadu pening kepala.

"Rehatlah. Aku turun bawah sekejap." Comforter yang berada dibadan Xaviera dikemaskan terlebih dahulu dan satu ciuman dilabuhkan didahi isterinya.

Xaviera memejamkan matanya menenangkan sakit dikepalanya. Lama dia menahan kesakitan sehinggalah sakit tersebut hilang apabila dia sudah terlena.

Haider turun anak tangga bersama dengan hembusan nafas yang berat. Apa yang boleh dia lakukan untuk kembalikan kepercayaan daddy terhadap Xaviera?

"Pandai Nisa masak kan?"

Haider dapat mendengar suara mummynya sedang berbual dengan seseorang dan dia dengar dengan jelas nama Annisa keluar dari mulut mummya.

"Dah kenapa dia datang sini?" pelik pula apabila Annisa datang ke rumahnya. Ini mesti mummy ajak.

"Haider..." panggil Tengku Faiza apabila anaknya muncul di depan laluan masuk ke dapur.

"Kenapa mummy?" matanya hanya memandang kearah mummynya sahaja kerna dia sudah malas untuk melihat wajah Annisa.

"Ni ada Annisa." Kata Tengku Faiza sambil matanya memandang kearah Annisa yang sedang sibuk mengaul makanan di atas kuali.

"Hmmm," balas Haider tanpa nada.

Dia masih ada mata untuk nampak kehadiran Annisa jadi macam buang masa pula kalau mummynya panggil hanya untuk bagitahu hal tersebut.

"Haider naik dululah. Tetiba pula rindu Viera." Haider meminta diri untuk keluar dari ruangan tersebut.

Nampak muka isteri lagi bagus. Dapat pahala!

Terkejut seketika Annisa dengan sikap Haider yang sudah berbunah, tak seperti sebelumnya.

"Awak tunggu Haider. Lepas ni jangan harap awak akan bahagia dengan Xaviera.

"Nisa, jangan ambil hati tau dengan Haider tu. Entah jampi apa yang Viera bagi dengan anak mummy tu sampai Haider tunduk dengan Xaviera." Geram pula Tengku Faiza dengan sikap Haider.

"Tak apa mummy. Nisa tak ambil hati pun." Balas Annisa dengan nada yang lembut namun dalam hati fuhh cuma dia yang tahu.

...

Xaviera menepis apabila ada sentuhan hangat menyentuh dahinya. Awalnya dia nak terus sambung tidur tetapi sentuhan itu semakin menjalar ke tempat lain. Matanya dibuka dengan perlahan-lahan dan benda pertama yang dia nampak adalah senyuman suaminya.

"Good morning cantik," walaupun senyuman manis menghiasi bibir Haider namun Xaviera tahu suaminya sedang menyindir dengan cara halus.

"Perli nampak." Balasnya dengan suara yang sudah bertukar serak. Dia memejam semula matanya kerna dia memang nak sambung tidur balik.

"Bangunlah, kita turun makan." Ajak Haider apabila melihat mata isterinya terpejam semula.

"Tak nak. Saya tak ada selera nak makan." Tolak Xaviera dengan selimut dinaikkan menutupi lehernya. Sejuk pula.

"Kau dari tadi pagi tak makan. Makanlah walaupun hanya sebutir nasi." Kata Haider dengan jarinya bermain di wajah cantik Xaviera.

"Apa lah bezanya tak makan dengan telan sebutir nasi." Terbuka mata Xaviera dengan lawak yang tak seberapa tu.

"Dari sebutir nanti jadilah segenggam nasi. Jomlah! Aku lapar ni."

"Tapi saya tak lapar." Xaviera juga berkeras dengan pendiriannya.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now