Xaviera-20

84K 4.3K 641
                                    

Terganggu tidurnya apabila ada hembusan hangat menyentuh kulitnya. Dia juga dapat rasakan ada sesuatu yang aneh menghempap perut kempisnya.
Nak tak nak, dia membuka matanya melihat apa yang berada diatas perutnya.

Telan liur dia melihat ada tangan kekar sedang melilit pinggangnya. Kepala ditoleh ke sisi nak pastikan tangan tersebut adalah milik Haider atau bukan.

"Haider..." perlahan sahaja suaranya memanggil nama lelaki itu. Dia baru teringat yang semalam dia tertidur didalam pelukan Haider.

Haider bergerak sedikit membuatkan Xaviera mengecilkan dirinya.

"Tidur Viera, kau masih demam." Ujarnya dengan suara serak basahnya.

Membulat matanya apabila ada perubahan dalam diri Haider.

"Haider..." Xaviera tak nak berlama dekat sini. Dia takut kalau Haider dah sedar, lelaki itu naik angin. Dia kan jijik dengannya. Tak mungkin Haider nak sentuh dia lama-lama.

Haider menenyeh matanya kemudian mata itu menjadi segar membuatkan Xaviera tambah kecilkan dirinya.

"Kau nak minum? Kepala kau masih sakit? Kau nak pergi klinik?" soalnya bertubi-tubi.

Tambah pelik Xaviera dengan perlakuan Haider. Dia dah nak mati ke sampai Haider berubah seperti ini. Haider meletakkan telapak tangannya diatas dahi Xaviera. Masih panas!

"Kau sejuk ke?" dia perasan badan Xaviera menggigil.

Xaviera menganggukkan kepalanya. Dia memang sejuk tapi bukan sejuk disebabkan aircond melainkan dia sejuk disebabkan perubahan mendadak Haider.

Haider terus berikan bahagian selimutnya kepada Xaviera memberikan kehangatan lagi kepada badan tersebut.

"Tidurlah, pagi lama lagi. Kau pun belum sembuh sepenuhnya." Ujarnya dengan lembut.

Sekali lagi Xaviera hanya menganggukkan kepalanya. Matanya yang kembali berat terus dipejam semula. Nantilah dia fikir apa yang sudah berlaku dengan Haider sampai boleh berubah baik macam ni. Dia nak sambung tidur, hilangkan sakit kepalanya.

Melihat kepada keadaan Xaviera yang sudah terlelap, Haider turut kembali membaringkan badannya. Dia pun mengantuk dah jaga Xaviera yang merengek mencari mamanya.

...

Xaviera membuka perlahan-lahan matanya apabila ada silauan matahari memancar mengena di wajahnya. Terasa ringan sahaja kepalanya tak seperti semalam.

Dia memerhati ruang bilik tersebut. Satu persatu apa yang sudah berlaku bermain di kotak memorinya. Tangannya menekup mulut yang sudah terbuka luas apabila teringat kembali bagaimana layanan Haider terhadapnya.

Dia mencari keberadaan Haider namun bilik itu sunyi sahaja. Tak ada orang lain selain dirinya.

"Dia dah masuk kerja ke?" bibirnya automatik memuncung kehadapan. Kecewa apabila Haider sudah pergi tinggalkannya. Dia masih mahu dibelai oleh Haider.

Perlahan-lahan bibirnya membentuk satu senyuman. Masih terasa sentuhan lembut Haider memujuknya.

"Arghhhhh!!" teruja dia sehingga kakinya dihentak kuat diatas tilam tersebut.

Keterujaan tersebut hilang begitu sahaja apabila pinggangnya mencetuskan rasa sakit. Dia terlampau gembira sehingga dia lupa badannya masih sakit disebabkan hal semalam. Jatuh tangga kot!

Tak nak terlalu fikirkan hal semalam, dia buat keputusan untuk keluar dari bilik Haider. Boleh jadi Haider berubah jadi ganas semula bila dia lihat dirinya masih baring dikatil milik lelaki itu.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now