Xaviera-35

73K 3.8K 91
                                    

Usai mereka menjamu selera, Haider dan Xaviera duduk disofa menghabiskan waktu dengan menonton drama.

Walaupun mata Xaviera fokus melihat television namun jantungnya tidak aman dengan perlakuan Haider ketika ini. Lelaki itu sibuk memintal rambut panjangnya. Tidak tahu kenapa tapi jantungnya sangat laju berdegup.

"Rambut kau wangi Viera." Kata Haider sambil menghidu haruman rambut Xaviera.

"Bau kau pun wangi." Dicium leher Xaviera yang menghasilkan bau vanilla. Bau yang sangat menenangkan.

"H-Haider.." ditolak badan suaminya dengan lembut. Dia suka dengan cara Haider tapi cara layanan ini terlalu mendadak.

"Ya sayang.." tambah tak keruan dia duduk.

"A-awak, saya nak nonton ni.

"Nonton lah. Ada aku larang ke?" Haider menjauhkan dirinya sedikit dari Xaviera namun tangan masih lagi bermain dengan rambut isterinya.

Lama mereka berdua mendiamkan diri, dimana dua-dua saling memberikan tumpuan dengan drama yang sedang ditayangkan.

"Ehem.."  Haider berdehem dan terus sahaja dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

Xaviera yang melihat adegan ciuman itu terus mengalihkan pandangannya ke Haider dan kebetulan pula Haider tersenyum.

Xaviera cepat-cepat menutup mata Haider. Mengelak lelaki itu untuk tidak melihat babak yang tidak sepatutnya.

"Viera, aku dah besar lah." Ditarik tangan Xaviera jauh dari matanya namun Xaviera berkeras untuk tidak melepaskan pegangan tersebut.

Bukan masalah besar atau tidak tapi dia nampak senyuman nakal Haider. Kalau Haider tiba-tiba minta yang bukan-bukan siapa nak tanggung.

"Kau jealous ke?" soal Haider dengan mata yang masih lagi ditutup.

"Jealous? Saya jealous? Memang tak lah." Xaviera menjulingkan matanya menidakkan apa yang sedang bermain difikiran lelaki tersebut.

"Kalau jealous cakaplah. Aku boleh buat, kalau kau nak." Ditarik pinggang Xaviera naik keata pahanya dan pelukan dipinggang ramping itu dieratkan lagi.

"Apa awak ni?" marahnya apabila dia tiba-tiba berada di atas pangkuan Haider.

"Dah habis ke? Gelap sangat ni Viera. Aku tak nampak apa-apa." Lama juga Xaviera tutup matanya.

Dengan perlahan-lahan Xaviera menjauhkan tangannya dari mata Haider. Buka sahaja mata, benda pertama yang Haider lihat adalah wajah cantik isterinya.

Haider menaikkan dagu isterinya apabila wajah itu tertunduk sahaja. Kelihatan pipi Xaviera sudah berubah merah.

"Kenapa pipi kau merah Viera?" soalnya dengan senyuman nakal.

Xaviera menekup pipinya nak sembunyikan rasa malunya. Sentuhan Haider ni boleh buat dia jadi seperti ini.

"Ini semua salah awak lah." Ditumbuk bahu suaminya dan Haider hanya balas dengan ketawa besar sahaja.

Bunyi ketawa Haider semakin menghilang. Dia pandang sahaja wajah isterinya. Melihat kepada wajah itu membuatkan dia terkenang semula lelaki yang sudah peluk isterinya.

"Viera, aku boleh tanya kau sesuatu tak?" soalnya dan membuatkan Xaviera terus berpaling.

"Awak nak tanya apa.." dia betulkan duduknya mencari sudut yang selesa. Nampak macam serius sahaja soalan yang nak diutarakan oleh Haider.

"Aku nak kau jawab dengan jujur." Xaviera menganggukkan kepalanya.

"Siapa lelaki dalam gambar yang dah peluk kau?" kejung badannya dengan soalan tersebut. Perbuatan Haider pada malam itu terus bermain di memorinya.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now