Xaviera-37

67.7K 3.9K 326
                                    

Terkejut Xaviera dengan bunyi ketukan yang kuat datangnya dari luar rumah. Dia sempat mengerling jam dinding. Dah jam sembilan malam rupanya.

"Sekejap!" dia mengikat terlebih dahulu rambutnya yang terhurai habis. Ini mesti Haider.

Dia membuka pintu rumah bersama dengan senyuman. Nak sambut isteri mesti maniskan muka.

"Puan Xaviera?" terkejut dia apabila bukan suaminya yang berada dihadapannya. Dia dah takut dengan lelaki ini.

"Iya saya.." jawabnya  dengan nada yang bergetar. Wajah lelaki yang bengis dan serius membuatkan dan menggigil kecil.

"Tuan Haider suruh saya bawa Puan ke suatu tempat. Harap Puan dapat beri kerjasama yang baik." Katanya.

Xaviera jadi dua hati sama ada nak ikut atau sebaliknya. Tapi dia ada sebut nama suaminya jadi lelaki ini mesti orang Haider.

Lelaki yang berdiri dihadapannya mengeluarka sesuatu dari poket seluarnya. Xaviera sudah cuak, jangan-jangan itu pistol.

"Hello!" terbit nafas leganya apabila yang keluar dari poket seluar lelaki itu adalah telefon bimbit.

"Puan, suami Puan." Telefon tersebut diberikan kepada Xaviera.

"Viera..." kedengaran suara Haider memanggil namanya membuatkan dia yakin yang lelaki ini memang orang suruhan Haider.

"Ya saya," balasnya dengan perlahan.

Setelah Haider memberitahu Xaviera, akhirnya wanita itu menganggukkan kepala dan meminta agar lelaki itu menunggu dia sementara dia menukar pakaian.

Hanya mengambil masa selama 30 minit, akhirnya kereta yang dipandu oleh lelaki itu sudah selamat sampai.

Terpinga-pinga Xaviera dengan layanan lelaki itu yang melayannya seperti seorang puteri sehingga pintu pun dibuka.

"Kita dekat mana?" soalnya dengan mata meliar memandang rumah agam yang sangat cantik.

Lelaki yang datang bersamanya terus sahaja menarik lengan Xaviera dengan kasar. Mana ada masa nak puji-puji lagi.

"Apa ni?" kerna terkejut dengan perbuatan tersebut, dia meronta meminta untuk dilepaskan.

"Diam! Kalau tak aku pukul kau!" katanya dengan kuat dan keras.

"Lepaslah!" tambah risau dia apabila lelaki ini berubah sikap. Tadi bukan main baik kenapa sekarang garang macam ni.

Pang!!

Tanpa sengaja lelaki itu tertampar pipi Xaviera. Dia juga terkejut dengan tindakannya dan dia baru ingat akan pesanan Haider.

Terasa kebas pipi Xaviera dengan tamparan kuat tersebut. Xaviera tak mampu nak melawan disebabkan takut lelaki itu lebih bertindak ganas dan akhirnya dia hanya mendiamkan diri sahaja.

"Ak..aku minta maaf," ujarnya dengan sedikit cemas.

"Kalau awak nak dimaafkan, lepaskan dulu saya!"

Eric dengan terpaksa menarik sahaja badan Xaviera walaupun wanita itu meronta kuat meminta untuk dilepaskan.

Masuk sahaja dia didalam rumah, Eric membawanya menuju ke suatu tempat yang membuatkan dia merinding.

"Kita dekat mana?" soalnya dengan takut.

"Ruang bawah tanah!" dingin sahaja nada suara Eric.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now