Xaviera-17

78.3K 4.4K 1K
                                    

Selesai semua urusan di rumah Tengku Faiza, kelihatan rumah besar itu sudah mula sunyi  memandangkan ramai dari keluarga dari Tengku Faiza dan juga Tengku Aryan sudah pulang ke rumah masing-masih melihat kepada esok ada diantara mereka yang sudah masuk kerja.

"Terima kasih mummy dah buat majlis ni untuk Ayyan." Ucapnya diiringi dengan senyuman tipis.

Tengku Faiza turut membalas senyuman Ayyan. Dia belai rambut anaknya dengan penuh kasih sayang.

"Lepas ni majlis untuk Haider dengan Viera pula. Ramai yang dah salah sangka dengan status Viera."
Terbit rasa bersalah apabila ramai dari keluarga mereka dan juga tetamu tidak mengenali dan mengetahui bahawa Xaviera adalah salah satu keluarga Tengku Aryan dan membuatkan lagi Tengku Aryan bersalah adalah apabila ramai dari mereka yang menganggap bahawa Annisa lah bakal isteri Haider.

"Tak payahlah abang, sebab saya dah rancang nanti kalau Haider dengan Annisa baru saya nak buat majlis besar-besaran." Balas Tengku Faiza dengan teruja.

"Apa maksud awak? Majlis Haider dengan Annisa?" soal Tengku Aryan dengan kebingungan.

Tengku Faiza menganggukkan kepalanya.

"Saya nak Annisa yang jadi menantu saya. Sejuk hati saya pandang muka berseri Annisa."

"Siapa yang benarkan awak rancang benda ni? Awak tak bincang pun dengan saya. Dengan Haider, Viera." Keras suara Tengku Aryan bertanya kepada isterinya.

"Tak payah nak bincang lah abang. Lagipun Haider cintakan Annisa dan keluarga kita pun dah tahu rancangan saya nak satukan mereka berdua." Tanpa ada rasa takutnya Tengku Faiza membalas soalan suaminya.

"Mummy.." tegur Ayyan atas sikap berani Tengku Faiza. Dia dah takut dengan perubahan daddynya, eh boleh pula mummy balas dengan selamba.

"Saya nak pesan dengan awak. Awak jangan nak atur kehidupan anak-anak saya. Diorang dah besar dan boleh fikir dengan sendiri nak hidup dengan siapa." Tegang sahaja wajah Tengku Aryan saat ini.

"Ingat pesanan saya ni!" ujarnya sebelum dia mengambil keputusan untuk naik ke bilik merehatkan diri.

Tengku Faiza membiarkan suaminya berlalu pergi. Dia tak nak tahu Annisa tetap akan jadi menantunya.

"Haider nak kahwin dengan Annisa, kan?" soal Tengku Faiza apabila bayangan suaminya sudah tak kelihatan. Haider hanya diam di tempat duduknya.

"Mummy. Mummy tak dengar ke apa yang daddy pesan tadi," kata Ayyan dengan tak puas hati.

"Ayyan diam! Ayyan tak tahu apa-apa." Kali ini Tengku Faiza menegur sikap Ayyan yang suka menyibuk hal orang lain.

"Kalau susah sangat Haider nak buat keputusan, Haider jadikan Annisa tu madu Viera." Xaviera hanya diam sahaja memandang jari jemarinya. Mak mertuanya langsung tak fikir perasaannya.

"Viera, kalau Viera nak dapat pahala lebih, buat sesuatu yang boleh menggembirakan hati suami. Tak ada salahnya kalau Haider madukan Viera, Lagipun Haider mampu." Nada Tengku Faiza juga sudah berubah tak seperti sebelumnya.

Kali ini Xaviera tak mampu nak telan apa yang baru sahaja dikatakan. Madu? Dia tak akan sesekali bermadu apalagi dengan Annisa. Dia dah kata, kalau dia tak dapat Haider, Annisa pun tak akan dapat lelaki ini.

"Viera tanya balik lah dengan mummy. Kalau mummy di tempat Viera, mummy sanggup ke hidup bermadu?" Mummy setuju kalau daddy kahwin satu lagi?" soalan dilontarkan semula kepada Tengku Faiza. Dia nak tahu apa jawapan bernas yang keluar dari mulut mak mertuanya.

Tengku Faiza terdiam. Langsung dia tak terfikir jawapan untuk soalan tersebut.

"Kenapa diam? Mummy jawablah. Mummy sanggup ke daddy bawa perempuan lain?" soal Xaviera lagi apabila Tengku Faiza langsung tak bersuara.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now