Xaviera-46

67.9K 3.7K 1.3K
                                    

Terasa seperti Haider mahu hilang dari muka bumi ini apabila Tengku Faiza dari tadi asyik mendesak dia untuk kahwin dengan Annisa.

"Mummy, Haider yakin ada jalan lain selain daripada kahwin dengan Annisa. Tolonglah mummy. Haider tak nak kahwin dengan Annisa."Haider sudah merayu dengan sepenuh hatinya.

"Apa jalan yang ada selain kahwin? Cuba bagi tahu mummy. Haider sudah malukan keluarga Annisa dan sekarang keluarga mereka dicaci dan dipandang hina oleh jiran tetangga sebab video tu. Tahu tak!" Lantang suara Tengku Faiza membalas kata-kata anaknya.

"Tapi Haider tak nak duakan Viera..."

"Viera biar mummy yang uruskan. Mummy akan pujuk dan pastikan yang Viera setuju dengan perkahwinan ni. Haider cuma setuju dengan cadangan ni dan masalah akan selesai." Suara yang tadinya keras kini sudah bertukar menjadi lembut.

"Mummy nak bagi tahu dengan Viera tentang hal ni ke?" Haider belum sedia lagi untuk memberitahu hal tersebut kepada Xaviera.

"Itu Haider jangan risau. Haider tak perlu fikir tentang hal tu dan biar semuanya mummy yang uruskan. Sekarang Haider cuma fokus dengan perkahwinan ni je. Lebih cepat kita buat majlis lebih baik." Memandangkan dia baru tahu yang Xaviera tak ada disini jadi inilah masa yang sesuai untuk dia majlis Haider dan Annisa dilaksanakan.

"Kita buat mana yang wajib je." Sambung Tengku Faiza dengan lembut, berharap anaknya terima dengan cadangan tersebut.

Lama Haider mendiamkan diri memikiran apa yang perlu dia buat. Setuju atau tidak? Tapi dia sudah dua kali kecewakan mummy dengan daddyny. Ya Allah! Apa perlu aku buat?

"Haider nak kan terima cadangan mummy. Mana tahu ini permintaan terakhir mummy." Ujar Tengku Faiza. Haider sedikit takut dengan ayat terakhir mummnya. Permintaan terakhir? Ya Allah.

Haider menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju dengan cadangan dan permintaan Tengku Faiza. Dia tidak mahu menyesal dikemudian hari. Lebar terus senyuman Tengku Faiza melihat anaknya akur dengan apa yang dia nak. Dia peluk badan Haider melepaskan rasa gembiranya.

"Maafkan aku Viera."

...

Entah kenapa hati Xaviera tak tenang saat ini. Seperti ada sesuatu yang berlaku tapi dia tidak tahu apa.

"Viera, jom masuk! Dah malam ni." Ajak Mak Yam.

Alhamdulillah keadaan suami Mak Yam tak teruk dan sudah dikeluarkan dari hospital. Sekarang Pak Man sedang berbual dengan Ayyan di ruang tamu.

"Mak Yam, kenapa Viera tak sedap hati ni?" Dipegang dadanya yang dari tadi berdegup dengan kencang.

"Viera terlalu banyak fikir ni. Viera pergi rehatkan badan, hilang lah risau tu." Ujar Mak Yam dengan tangan mengelus lembut rambut Xaviera.

"Kalau macam tu Viera masuk dulu lah." Xaviera meminta diri daripada Mak Yam.

"Viera, kalau Viera masih tak sedap hati, solat dulu baru tidur." Pesan Mak Yam lagi. Kelihatan Xaviera hanya menganggukkan kepalanya dan diberikan satu senyuman kepada Mak Yam.

Selesai Xaviera menunaikan solat barulah dia terasa tenang. Tangan menggapai telefon bimbitnya lalu nama Haider dicari didalam kenalannya.

"Dah tidur ke?" takut pula dia nak hubungi suaminga. Nanti menganggu memandangkan sekarang sudah jam sepuluh malam. Tapi dari dia sampai sehingga kini, dia belum mengkhabarkan bahawa dia sudah selamat tiba di kampung Mak Yam.

Dan akhirnya Xaviera membuat keputusan untuk menghubungi suaminya. Lama dia menanti namun seperti tadi panggilannya langsung tidak diangkat.

"Apa salah saya?" mahu menangis rasanya Xaviera ketika ini apabila Haider langsung tidak menjawab panggilannya.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now