Xaviera-51

73.6K 3.7K 1K
                                    

Haider melangkah masuk ke dalam rumah Tengku Aryan dengan perlahan. Kaki dibawa ke bilik tidur mereka dan disitu kelihatan Annisa sedang berbaring.

Haider hanya berdiri ditepi katil dimana Annisa sedang tidur. Sekarang ni dia tak tahu nak berbuat apa? Teruskan perkahwinannya dengan Annisa atau tinggalkan wanita itu untuk dapatkan semula Xaviera.

Terasa seperti diperhatikan, Annisa membuka matanya dan dilihat Haider sedang berdiri dihadapannya.

"Bila awak balik?" soal Annisa dengan suara seraknya. Haider hanya diam membiarkan soalan itu berlalu.

"Awak masih cari Xaviera ke?" tetap sama. Haider hanya diam dan pandangannya membuatkan Annisa sedikit gerun.

"Biarkan dulu Viera tenangkan diri. Saya yakin Viera tak pergi jauh dan dia masih ada dekat sini." Ujar Annisa dengan berani. Badan yang tadi berbaring kini berdiri menghadap kearah Haider.

"Aku dah sakitkan Xaviera untuk sekian kalinya. Aku rindukan dia dan kenapa disaat kami dah bahagia, kau datang Nisa. Kenapa?"  terkaku Annisa dengan soalan tersebut. Didepannya Haider katakan yang dia rindu Xaviera.

"Saya minta maaf Haider. Kalau awak rindukan Viera, saya ada disini. Saya akan bantu awak dan kita sama-sama lalui semua ni." Kata Annisa lalu dia menggapai jari jemari Haider.

"Kau rasa Xaviera nak maafkan aku ke?" naik muak pula Annisa mendengar nama tersebut asyik keluar dari mulut Haider. Aku dekat sini dah cantik masih lagi fikir pasal bini pertama dia.

"Iya, dia akan maafkan awak." Jawab Annisa sebagai penyejuk hati Haider.

"Sekarang ni awak perlu tidur. Dah berapa hari awak tak tidur nyenyak, kan?" Ajak Annisa lalu dia menarik tangan Haider dekat ke katil mereka namun Haider mengeraskan badannya dan hanya berdiri kaku sahaja.

"Aku tidur di bilik sebelah." Seusai itu dia mendekati almari bajunya dan dibawa sehelai baju keluar bersama-sama menuju ke bilik sebelah.

Annisa sudah tergamam dengan penolakan tersebut. Dia lebih pilih tidur dibilik sebelah daripada tidur disebelah aku. Arghhhhh!!

...

Seusai sahaja dia berada di negeri tersebut Xaviera terus membawa diri menuju ke Shangri La Resort setelah seharian perjalanannya. Tak dapat dinafikan dia merasakan tenang berada di tempat yang digelar negeri bawah bayu. Setelah puas dia mengelilingi resort tersebut, kaki dibawa masuk ke bilik untuk

Pada awalnya dia memang mahu rehatkan diri namun matanya sangat sukar untuk dipejam dan akhirnya dia  termenung di luar balkoni.

Tak lama dia termenung, lamunannya terhenti apabila sakit dikepalanya menyerang secara tiba-tiba. Bukan itu sahaja dia dapat rasakan ada cecair yang keluar dari hidungnya.

"Ya Allah!" ujarnya dengan terkejut. Telapak tangan yang menyentuh hidungnya tadi sudah penuh dengan darah. Tanpa menunggu lama, Xaviera ingin membawa diri masuk kedalam tandas namun langkahnya terhenti apabila sakit di kepala semakin kuat. Walaupun begitu, dia sedaya upaya menahan kesakitan tersebut kerna dia perlu membersihkan dirinya dulu sebelum merehatkan badan.

"Kenapa ni? Kenapa selalu sangat aku sakit kepala dan berdarah?" katanya dihadapan cermin tandas. Kebelakangan ini dia selalu rasa letih, sakit kepala dan sekarang berdarah dihidung.

Setelah bersih daripada kotoran, Xaviera baringkan badannya di katil merehatkan dirinya yang mungkin terlalu tekanan.

"Aku stress je ni," Xaviera cuba memujuk hatinya yang sudah tidak keruan. Sudahlah dia sendiri sahaja di resort ni tanpa ada kenal sesiapa, kang dia jatuh pengsan tiada orang sedar.

 HAIDER LUTHFAN Donde viven las historias. Descúbrelo ahora