Xaviera-28

77.6K 4.2K 1.1K
                                    

Selepas mereka diberi taklimat ringkas tentang program ini, masing-masing bergerak ke tempat penginapan yang sudah disediakan. Sepanjang perjalanan menuju ke biliknya, tak henti dia mendengar pujian pelajar lain tentang keakraban Annisa dan Haider.

"Sweetnya Haider."

"Untung Annisa kalau jadi isteri Haider."

"Dimana nak cari lelaki macam Haider ni."

Dalam dia mendengar pujian tersebut, sesekali dia tergelak kecil. Kalau diorang tahu macam mana Haider dekat rumah, memang diorang tarik balik pujian tersebut.

Xaviera melangkah mendekati kearah dimana Haider dan Annisa sedang berbual. Walaupun ramai orang berada disekeliling mereka, tapi benda itu adalah salah dan setahunya Annisa bukan jenis yang berbual dengan lelaki.

"Ehem...." tertoleh kepala mereka berdua apabila mendengar deheman seseorang.

"Tak nak cakap banyak, awak tu dah ada isteri dan tak baik menggatal dengan perempuan lain dan kau tak malu ke berbual ketawa dengan suami orang. Tak ada kawan lain ke selain Haider yang kau boleh ajak berbual?" soal Xaviera bersama dengan tangan disilangkan didada.

"Apa awak ni Viera? Kalau saya dengan Haider berbual ditempat sunyi barulah awak nak bising bagai." Balas Annisa tak puas hati.

"Kau diam lah perempuan!"

"Dulu bukan main kau tegur aku jangan berbual dengan lelaki yang tak ada kaitan walaupun hanya borak kosong. Sekarang, cuba kau tengok balik diri kau. Kau lagi teruk dari aku, berbual dengan suami orang. Dasar munafik!"

Kelihatan wajah Annisa berubah tegang membuatkan Xaviera ketawa tak ikhlas.

"Alah jangan lah ambil serius sangat. Aku gurau jelah. Korang sambung borak lah, aku pergi dulu." Dijeling sahaja Haider yang tak lepas memandangnya. Peduli apa dia, yang penting dia dah malukan Annisa.

"Annisa, aku pergi dulu. Lepas ni kau terus masuk bilik, rehatkan diri." Sempat dia memberi pesanan kepada Annisa sebelum dia mengejar langkah Xaviera.

"Haider!" panggil Annisa namun Haider langsung tak menyahut.

"Bencinya lah!" ujar Annisa dengan geram.

"Viera!" panggil Haider dengan perlahan namun kedengaran keras.

Xaviera yang mendengar panggilan tersebut sudah menggigit bibirnya. Ditampar bibirnya dengan perlahan apabila dia sudah terlanjur dalam berkata-kata.

"Tulah kau Viera. Yakin sangat nak menegur." Baru pula muncul rasa menyesal atas perbuatannya tadi.

Haider ni tak boleh dibawa main. Tak pasal-pasal dia diterajang disini.

"Woi! Kau dah berani tak menyahut panggilan aku." Ditarik tangan isterinya apabila jarak mereka semakin dekat.

"Awak jangan nak buat macam-macam eh. Ramai orang tengok ni." Ditolak badan Haider jauh darinya. Nanti tak pasal-pasal ada orang mengata. Kalau mengata hal yang baik tak apa, kalau dikata dia perampas macam mana tu.

Haider memandang di sekelilingnya dan kelihatan pelajar-pelajar yang lain sibuk dengan hal masing-masing. Terbit senyuman jahat di bibirnya. Tadi berani sangat nak sindir kan.

Ditarik tangan Xaviera menuju ke tempat penginapannya. Xaviera tak tahu yang dia ada minta dengan Fathi untuk asingkan biliknya dengan bilik peserta yang lain.

"Haider, awak nak bawa saya pergi mana?" Xaviera sudah cuak apabila Haider membawanya menuju ke kawasan sunyi.

Haider tidak pedulikan rontaan dari isterinya. Ada perhitungan yang perlu diberi kepada Xaviera.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now