Xaviera-05

88K 4.4K 895
                                    

Fathi dan Emyr memandang sahaja wajah Haider yang dari tadi hanya termenung kosong. Mereka dah habis makan tapi Haider masih lagi termenung.

"Apa yang kau fikirkan Haider? Dari tadi termenung je sampai makanan kau dihinggap lalat pun kau tak perasan." Soal Fathi ingin tahu.

Mata Haider yang tadinya memandang ke hadapan bergerak mencari anak mata Fathi.

"Aku terfikir macam mana aku boleh berduaan dengan Xaviera dan kenapa aku tak ingat langsung tentang hal tersebut." Soal Haider kepada mereka berdua. Tak pernah rasanya dia ajak Xaviera keluar pergi mana-mana sampai mereka boleh berada di satu bilik yang sama.

"Kau dah periksa gambar tu? Real atau edit?"

"Gambar tu real," Haider sudah tanya dengan kenalannya dan kawannya kata gambar tu memang real langsung tak ada edit.

"Kau terima je lah Viera sebagai isteri kau. Nak dikata Annisa cantik, Viera lagi cantik." Emyr yang dari tadi hanya mendiamkan diri mula bersuara.

"Bukan masalah cantik tapi hati. Kalau Viera tu cantik macam bidadari pun tapi hati aku tak suka, tak jalan juga."

"Lagipun aku betul-betul dah jatuh sayang dengan Annisa jadi tak ada alasan untuk aku terima Viera sebagai isteri dan pengganti Annisa." Yakin sahaja Haider berbicara.

"Jangan cakap besar Haider. Xaviera sekarang tu isteri kau, dan hari-hari kau pandang muka dia. Aku takut perasaan kau terhadap Annisa akan pudar dan diganti dengan Xaviera." Emyr menggelengkan kepalanya. Perempuan cantik macam Viera tu boleh ditolak hanya kerna dia sayangkan Annisa yang jelas-jelas dah tikam belakang.

"Tak mungkin! Tengok muka dia pun aku jijik apalagi nak jatuh sayang dengan dia." Balas Haider sekali dengan riak muka yang jijik menunjukkan betapa hinanya Xaviera di matanya.

Fathi dan Emyr hanya mampu menahan sabar dengan kata-kata Haider. Xaviera tu kawan mereka dan jelas lah mereka marah namun mereka tak nak besarkn isu ini.

Perjalanan Xaviera ditemani dengan air mata. Masih lagi dia tak habis fikir kenapa Annisa boleh buat dia macam ni. Kalau Annisa tak terima lamaran tu, dia tak akan perangkap Haider dan mungkin dia dan Haider boleh bersatu dengan cara yang baik.

Emyr yang memandang ke tempat lain mengecilkan matanya apabila dia melihat sosok seseorang yang sangat dia kenal sedang melangkah dengan reaksi muka yang kosong.

"Itu bukan Viera ke?" Haider dan Fathi terus mengalihkan kepala mereka.

"Lemah je aku nampak Viera, kau buat apa dekat dia?" walaupun jarak mereka jauh dengan Xaviera tapi jelas kelihatan wajah Xaviera yang menunjukkan dia dalam keadaan tak baik.

"Buat apa yang sepatutnya." Balas Haider dengan mata langsung tak dilarikan dari terus melihat tubuh isterinya.

"Jangan cakap yang kau pukul dia, Haider." Mereka berdua sudah dapat agak apa yang sudah Haider lakukan terhadap Xaviera. Haider kalau memukul memang dia lah nombor satu.

"Memang itu yang layak dia dapat. Siapa suruh cari pasal dengan aku."

Emyr mengetap giginya dengan kuat sehingga kedengara bunyi geseran diantara giginya. Fathi terus menahan bahu Emyr meminta agar lelaki itu bersabar dan tak campur tangan dalam urusan rumah tangga Haider dan Xaviera.

"Jangan jadi dayus Haider. Kita tak tahu balasan apa yang kau dapat dikemudian hari disebabkan perbuatan kau ni." Pesan Fathi dengan nada yang tertahan.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now