Xaviera-45

69.1K 3.6K 309
                                    

Bangun sahaja dari tidurnya, Xaviera terus mencari kelibat Haider. Tak tahulah kemana suaminya pergi, celik mata sahaja hanya dia berseorangan diatas katil. Xaviera turun ke bawah mencari kelibat Haider namun bayang-bayangnya memang tidak kelihatan.

Tangan menyelak langsir untuk melihat sama ada kereta Haider masih terparking namun hanya keretanya sahaja yang ada. Kereta Haider sudah hilang entah kemana.

"Awak pergi mana?" keluhnya. Ditelefon juga Haider tidak angkat.

Malas mahu fikir, Xaviera naik lalu membersihkan dirinya sebelum dia berangkat keluar. Mungkin Haider sudah berada dikampus.

Xaviera yang melihat langkah Emyr mula mengejar lelaki tersebut. Setelah jarak mereka dekat, Xaviera memanggil lelaki tersebut.

"Emyr!" teriak Xaviera dengan kuat.

"Yes." Balas Emyr dengan tangan dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

"Ada nampak Haider tak?" soal Xaviera dengan nafas termengah-mengah. Penat dia mengejar langkah Emyr, laju sangat lah dia berjalan.

"Tak ada. Bukan dia serumah dengan kau ke kenapa tanya aku?" hairan pula dia dengan Xaviera ni. Takkan tak jumpa dekat rumah.

"Dia awal pagi dah keluar. Aku tak tahu dia pergi mana." Balas Xaviera dengan wajah risau.

"Alah, rilekslah. Dia tu lelaki pandailah jaga diri dan aku yakin dia tak pergi mana pun. Ada je dekat kau tu." Pujuk Emyr apabila melihat wajah Xaviera yang sudah bertukar mendung.

Sementara itu Haider membawa dirinya ke tepi pantai menenangkan otaknya yang semakin serabut. Dia tidak sanggup melihat wajah Xaviera. Semakin bertambah rasa bersalahnya terhadap Xaviera.

"Arghhhhhh!" teriak Haider dengan kuat. Melepaskan semua beban yang berada didalam fikirannya.

Dia tidak mahu menduakan Xaviera tapi dalam masa yang sama keluarga Annisa sudah meminta untuk dia ambil tanggungjawab atas apa yang sudah berlaku.

"Apa aku perlu buat?" diraup mukanya dengan kasar. Dia buntu. Sangat-sangat buntu.

...

Selepas kelas Xaviera habis, dia terus membawa diri menuju ke rumah Tengku Aryan memandangkan dia tahu ketika ini daddy dengan mummy Haider tak ada dirumah.

"Assalamualaikum.." salam diberi dengan nada yang dimaksimumkan. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.

Untung sahaja ketika itu Mak Yam sedang mengemas di ruang tamu jadi suara Xaviera dapat dikenalpasti dengan mudah.

"Waalaikumsalam." Terbit senyuman di bibir Mak Yam melihat wajah Xaviera.

"Mak Yam.." Xaviera memeluk erat tubuh wanita tua itu melepaskan rindunya. Lama tak jumpa, rindu jadinya. Mak Yam juga membalas pelukan tersebut, melepaskan rindunya kepada Xaviera.

"Jom masuk sayang," Mak Yam menarik tangan Xaviera masuk ke dalam rumah tersebut.

"Mummy dengan daddy ada tak?"

"Tak ada. Tengku Aryan masuk pejabat, Tengku Faiza pula keluar."

"Viera datang sendiri je ke? Haider mana?"

"Itu sebab Viera datang sini. Viera nak cari Haider, mana tahu dia ada singgah dekat sini." Balas Xaviera dengan mata yang penuh pengharapan. Tolonglah cakap yang Haider ada dekat sini.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now